Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



Jumlah pasangan muda dapat flat HDB melalui jualan baki, tempahan terbuka turun



PERATUSAN pasangan muda yang mendapat peluang untuk menempah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melalui latihan Jualan Baki Flat (SBF) telah menurun sejak 2017.



Bagi pasangan kali pertama dengan sekurang-kurangnya satu pihak di bawah umur 30 tahun, kadar kejayaan untuk SBF jatuh daripada 52 peratus pada 2017 kepada 17 peratus pada 2021. Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkata permohonan berjaya sekiranya pemohon berpeluang menempah flat.



Setiap tahun, HDB mengeluarkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru pada Februari, Mei, Ogos dan November.



Pelancaran SBF berlaku dua kali setahun - pada Mei dan November.



Kadar kejayaan pasangan muda yang memohon tempahan terbuka flat juga merosot kepada 65 peratus pada 2021, turun daripada 100 peratus pada 2019 ketika ia diperkenalkan.



Kelmarin, MND memberikan angka itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), yang ingin mengetahui pecahan jumlah pasangan muda yang berjaya memohon flat HDB melalui jalan tersebut.



"Berbeza dengan flat BTO, SBF dan flat tempahan terbuka bukanlah tunjang utama bekalan flat HDB. Bilangan flat yang ditawarkan untuk dijual bergantung terutamanya kepada flat tidak terjual daripada latihan BTO sebelum ini," kata kementerian itu.



MOE semak kriteria kelayakan pendapatan bagi Skim Bantuan Kewangan



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) sedang menyemak kriteria kelayakan pendapatan untuk Skim Bantuan Kewangan (FAS) setelah semakan dijalankan kali terakhir pada 2018, menurut Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



"MOE menyemak kriteria kelayakan pendapatan untuk FAS secara tetap. Kali terakhir ia disemak ialah pada 2018. MOE sedang menjalankan semakan dan sebarang perubahan akan diumumkan dalam masa terdekat,'' kata Encik Chan.



Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, di Parlimen semalam tentang semakan kriteria kelayakan pendapatan bagi FAS.



Encik Samad menanyakan bila semakan terakhir dijalankan dan berapa kerap kriteria pendapatan itu disemak.



Bersangkutan itu, apakah parameter yang digunakan untuk memastikan kelayakan kriteria pendapatan dan dari golongan peratusan pendapatan isi rumah manakah kumpulan yang memerlukan bantuan tersebut.



FAS menyasarkan untuk menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar Singapura daripada isi rumah berpendapatan rendah, sekitar 20 peratus terendah mengikut pendapatan isi rumah.



Bekalan ayam stabil, 25 negara sedia eksport ke S'pura



JUMLAH keseluruhan bekalan ayam Singapura adalah stabil. Kini, terdapat 25 negara yang diiktiraf untuk mengeksport ayam ke Singapura, demikian yang dikongsi Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



Perniagaan makanan dan pengguna boleh membeli ayam sejuk dari negara seperti Thailand dan Australia, dan ayam beku dari Amerika Syarikat dan Brazil.



Agensi Makanan Singapura (SFA) terus bekerjasama dengan industri untuk membuka sumber ayam baru.



Satu daripada sumber baru ini ialah Indonesia, yang telah mengeksport ayam beku ke Singapura sejak Julai 2022.



Perniagaan dari Indonesia juga telah menyatakan minat mengeksport ayam segar dan ayam sejuk ke Singapura secara langsung.



Menjawab soalan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast), Cik Fu juga berkata sementara pemerintah berusaha mengurangkan kesan gangguan bekalan, Singapura akan terus menghadapi gangguan dalam bekalan makanan dari semasa ke semasa, disebabkan oleh faktor luaran.



"Kami menggalakkan perniagaan menyemak dan mempelbagaikan Pelan Kesinambungan Perniagaan mereka. Ini membantu industri merebak dan mengurangkan risiko gangguan bekalan.



"Isi rumah dan individu juga boleh menyumbang kepada daya tahan makanan kita dengan bersikap fleksibel dengan pilihan makanan dan ramuan, dan beralih kepada produk alternatif atau sumber lain jika perlu," kata Cik Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >