Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAUCAR TEROKA SEMULA S’PURA

Sekilas baucar teroka semula Singapura

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



Siapa layak menerima Baucar Teroka Semula Singapura?



- Semua warga Singapura berusia 18 tahun ke atas pada 2020



- Baucar Teroka Semula Singapura bernilai $100 disediakan dalam denominasi bernilai $10



- Golongan ibu bapa, datuk dan nenek, saudara lain dan penjaga yang sah, yang mempunyai ahli keluarga berusia 18 tahun ke bawah boleh membeli sehingga enam tiket kanak-kanak/belia bersubsidi sebanyak $10 bagi setiap tiket tersebut untuk tarikan dan lawatan.



Apa yang boleh dibeli dengan Baucar Teroka Semula Singapura?



- Pelbagai produk yang terdiri daripada hotel, lawatan dan tarikan boleh didapatkan di lima laman rakan tempahan di Changi Recommends, GlobalTix, Klook, Traveloka dan Trip.com mulai 1 Disember



- Setiap rakan tempahan menawarkan pakej dan promosi berbeza



Bagaimana cara untuk mendapatkan dan menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura?



1. Perlu Guna SingPass



- SingPass diperlukan untuk mendapatkan dan menebus baucar tersebut, pastikan anda mempunyai akses kepada akaun SingPass anda terdahulu



2. Pilihan Produk



- Pelbagai produk boleh dibeli menggunakan baucar itu di laman rakan tempahan yang mempunyai ikon Baucar Teroka Semula Singapura



- Jika anda perlukan bantuan untuk menebus baucar tersebut dalam talian, sila kunjungi 69 pusat fizikal di serata Singapura, kebanyakan terletak di balai rakyat, pusat beli-belah dan cawangan SingPost



- Anda perlu sediakan akaun SingPass yang sah sebelum mengunjungi pusat tersebut



3. Sahkan Pilihan Produk



- Letakkan produk pilihan anda dalam 'shopping cart'



4. Tebusan Baucar



-- Apabila anda sudah bersedia untuk membuat pembayaran, klik 'Use SingapoRediscovers Vouchers' di halaman pembayaran (checkout)



5. Daftar Masuk SingPass



- Anda akan dibawa ke laman go.gov.sg/srvbalance, anda perlu daftar masuk dengan menggunakan SingPass dan pilih jumlah baucar yang ingin ditebus



- Anda tidak boleh menambah baucar selain $100 yang diberikan dengan menggunakan baucar orang lain.



6. Pengesahan Anggota Keluarga



- Jika anda membeli tiket untuk ahli keluarga berusia 18 tahun ke bawah yang layak menerima subsidi kanak-kanak/belia, anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli keluarga itu untuk menerima subsidi sebanyak $10 bagi sehingga enam tiket kanak-kanak/belia. Anda perlu mengesahkan hubungan kekeluargaan anda bersama individu itu dan sediakan nombor NRIC/sijil kelahiran/nombor FIN mereka



- Setelah selesai membuat pengesahan tersebut, subsidi sebanyak $10 itu akan diberikan secara automatik



- Jika anda merupakan seorang warga dewasa Singapura dan telah menggunakan kesemua baucar tersebut, anda tidak boleh menebus tiket kanak-kanak/belia lagi. Jika anda ingin membeli tiket bersubsidi tersebut, anda perlu mempunyai baki baucar bernilai sekurang-kurangnya $10



7. Pembayaran



- Salin kod Baucar Teroka Semula Singapura yang diberikan dan masukkan di halaman checkout



- Buat pembayaran bagi baki jumlah pembelian yang tidak ditebus baucar dan selesaikan proses pembayaran itu dalam 10 minit



Adakah penebusan Baucar Teroka Semula Singapura bagi orang lain dibenarkan?



- Penebusan baucar bagi orang lain tidak dibenarkan. Baucar hanya boleh ditebus menerusi SingPass dan ia hanya boleh digunakan buat tujuan peribadi



- Anda digalak membantu ahli keluarga atau teman yang layak menerima baucar namun kurang mahir dalam penggunaan wadah digital untuk mendaftar bagi mempunyai akaun SingPass supaya dapat memperolehi Baucar Teroka Semula Singapura mereka



- Jika anda memerlukan bantuan untuk menebus baucar tersebut secara bersemuka, sila kunjungi pusat rakan tempahan yang sah di lokasi fizikal mereka




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >