Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tunda tunai haji sebab suami tak dapat tawaran

Tolak tawaran dek mahu tunai haji bersama suami yang tak penuhi had usia bawah 65 tahun Saudi
May 06, 2022 | 05:30 AM



Bakal jemaah Singapura menerima surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima itu semalam. BERITA HARIAN menemu ramah beberapa bakal jemaah tentang tawaran tersebut, termasuk perancangan mereka menyusuli penerimaan surat tawaran itu.




SEKIAN lama menunggu, namun meskipun menerima surat tawaran daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini, Cik Hamidah Hamzah, 57 tahun, membuat keputusan menolak tawaran tersebut.



Ini kerana suaminya, Encik Mohd Safwan Abdullah, 65 tahun, tidak dapat menunaikan haji tahun ini kerana tidak memenuhi kriteria had usia yang dikenakan kerajaan Arab Saudi bagi jemaah haji tahun ini - yang hanya membenarkan jemaah berusia di bawah 65 tahun ke Tanah Suci.



Ini adalah penangguhan ketiga bagi pasangan itu.



Mereka seharusnya berangkat ke Tanah Suci pada 2020, namun ia tertangguh dek Covid-19, yang memaksa kerajaan Arab Saudi menutup sempadannya kepada jemaah haji dari luar negara. Keadaanya berulang pada tahun lalu dengan pandemik terus mencengkam dunia.



Justeru apabila kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa sejuta jemaah dari dalam dan luar negara dibenarkan mengerjakan ibadah itu tahun ini, hati pasangan suami isteri itu menaruh juga sejuta harapan.



Malangnya, had usia 65 tahun yang dikenakan kerajaan Arab Saudi bermakna mereka menghadapi satu lagi kegenjotan.



Had usia itu dikenakan memandangkan golongan lanjut usia lebih terdedak kepada risiko jangkitan Covid-19.



Meskipun beliau memenuhi kriteria usia jemaah haji tahun ini, Cik Hamidah berkata beliau mahu menunggu untuk ke Tana Suci bersama-sama dengan suaminya.



"Ke mana-mana saja, saya mesti dengan suami. Jadi kalau saya sahaja pergi, rasanya macam patah sayap.



"Jadi saya reda, dan berharap dapat menunggu hingga kami berdua dibolehkan ke sana bersama-sama," kata suri rumah itu, sambil menambah beliau dan suaminya merancang mengerjakan umrah dahulu Oktober ini untuk mengubat sedikit rindu untuk ke Tanah Suci.



Sementara itu, Muis sebelum ini menerangkan bahawa hanya 407 tempat diperuntukkan bagi rakyat Singapura menunaikan ibadah haji tahun ini - bilangan kira-kira 45 peratus daripada kuota haji rasmi negara ini, iaitu 900 jemaah.



Selain had usia itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi juga mewajibkan jemaah haji tahun ini untuk sudah mendapatkan vaksin Covid sepenuhnya.




SEKILAS HAJI TAHUN INI



9 APRIL



- Arab Saudi mengumumkan sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara dibenarkan melakukan ibadah itu tahun ini.



- Tetapi ia bagi mereka yang berumur di bawah 65 tahun dan sudah melengkapkan vaksin Covid sepenuhnya.



- Jemaah diwajibkan menunjukkan keputusan negatif ujian calitan tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.



21 APRIL



- Muis menghubungi jemaah haji yang berpotensi dan sedang menanti giliran bagi memastikan butiran mereka dikemas kini



- Muis antara lain menasihatkan bakal jemaah supaya bersedia secara kerohanian, fizikal dan kewangan sekiranya mereka diberi notis saat terakhir untuk menunaikan haji.



26 APRIL



- 407 tempat diperuntukkan bagi jemaah Singapura menunaikan ibadah Haji tahun ini.



- Bilangan itu kira-kira 45 peratus daripada kuota haji rasmi Singapura yang sebanyak 900 jemaah sebelum ini.



- Muis akan memperuntukkan kuota haji yang terhad itu kepada jemaah yang sepatutnya menunaikan ibadah haji pada 2020 dan memenuhi syarat dan peraturan bagi haji 2022.



- Jemaah lain yang nama mereka dalam senarai Sistem Pendaftaran Haji akan secara automatik mengikut giliran mereka berdasarkan senarai untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun-tahun mendatang.



- Surat rasmi tawaran menunaikan haji tahun in diberika kepada mereka yang layak pada 5 Mei.



- Jemaah yang layak dimaklumkan menerusi SMS yang akan memberitahu mereka supaya memeriksa e-mel.



2 MEI



- Dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) diumumkan.



- 10 pakej haji ditawarkan.



- Harga pakej paling rendah yang ditawarkan ialah $6,830 bagi penginapan untuk empat orang sebilik, manakala yang tertinggi adalah $15,125 bagi dua orang sebilik. Ini tidak termasuk tiket penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >