Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas dilatih kenal pasti berita palsu

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



BEBERAPA kali, Cik Emilia Ramalan Muslia Mohamed, 57 tahun mendapat kiriman mesej WhatsApp yang menurutnya, belum tentu kesahihannya.



Ada juga teman-temannya yang menerima mesej berkaitan penipuan yang melibatkan duit.



Mujur anak-anaknya sering menasihatinya agar tidak mudah terpedaya dan ada kalanya membantu mengesahkan kesahihan sesuatu berita itu.



"Pernah saya terima mesej yang menyatakan saya telah menang duit dan saya perlu ke Marine Parade untuk mengambilnya. Nasib baik ada anak saya yang menghalang saya daripada ke sana kerana menurutnya ia merupakan satu berita palsu yang bersifat penipuan," kongsinya.



Beliau merupakan antara 150 warga emas yang menghadiri Hari Pembelajaran Khidmat di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur, semalam yang diadakan untuk mendidik warga emas bagaimana cara-cara asas untuk mengenal pasti berita palsu.



Semasa bengkel tersebut, duta Kelab Bijak Media ITE telah mengongsi panduan asas bagaimana untuk mengkaji, mengesahkan dan menyemak berita yang diterima sebelum mengedarkannya.



Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada Kempen Internet Lebih Baik tahun ini yang diperkenalkan Majlis Celik Media (MLC) untuk menggalak sikap yang selamat dan bertanggungjawab dalam talian.



Tujuannya kempen itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan dalam tiga bidang yang merangkumi isu seperti keselamatan siber, pemikiran kritikal dan keupayaan membezakan maklumat palsu dalam talian serta pembulian siber.



Tahun ini, lima kempen mini dengan kekata - "Be Safe, Be Smart and Be Kind Online" - atau Kekal Selamat, Kekal Bijak dan Kekal Baik Hati, telah dilancarkan.



Semasa kempen pada April hingga Jun tahun ini, sejumlah 4.6 juta telah berjaya didekati merentasi platform digital dan luar talian.



Satu video dalam talian yang mendapat perhatian ramai juga berjaya meraih tontonan video sehingga 1.35 juta.



Disamping itu, hingga 4,000 risalah dalam kesemua bahasa vernakular yang mengandungi panduan mudah mengenal pasti berita palsu dan akibatnya jika berita itu disebarkan juga telah diagihkan.




SEKILAS KEMPEN 



Kempen Internet Lebih Baik (Better Internet Campaign)



- Tingkatkan kesedaran awam dan pendidikan berhubung tiga isu - "Kekal Selamat, Kekal Bijak dan Kekal Baik Hati."



- Rangkumi bidang kritikal seperti keselamatan siber, pemikiran kritikal dan mampu membezakan maklumat palsu dalam talian dan pembulian di alam siber.



Februari - Mac 2018



Topik: Pembulian siber, cara menanganinya serta interaksi saling menghormati dalam talian



Kumpulan sasaran: Belia



April - Jun 2018



Topik: Maklumat Palsu, mengenal pasti berita palsu dan memupuk amalan memeriksa fakta



Kumpulan sasaran: Umum



Julai - Ogos 2018



Topik: Keselamatan siber, kenal pasti penipuan, melindungi data



Kumpulan sasaran: Warga emas



September - Oktober 2018



Topik: Pembulian siber, cara menanganinya serta interaksi saling menghormati dalam talian



Kumpulan sasaran: Umum



November - Disember 2018



Topik: Maklumat palsu, kenal pasti berita palsu dan pupuk amalan memeriksa fakta



Kumpulan sasaran: Umum dan warga emas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >