Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Sekilas Liga Perdana England

Sep 18, 2018 | 05:30 AM

KEDUA-DUA Chelsea dan Liverpool mengekalkan rekod bersih tanpa kalah bermulanya musim ini untuk berada di takhta liga selepas masing-masing menumpaskan Cardiff dan Tottenham. Eden Hazard (gambar) penyerang Chelsea dari Belgium, menjaringkan tiga gol ketika tumpaskan Cardiff dengan 4-1 menjadikan 5 gol dijaringkan dalam tiga penampilan di bawah kendalian jurulatih Maurizio Sarri. Kemenangan Liverpool 2-1 ke atas Tottenham Hotspur untuk mengekalkan kutipan mata maksimum adalah satu gambaran jelas pengurus Jurgen Klopp serius untuk menggondol gelaran juara liga. Kemenangan mudah pasukan itu di Wembley adalah yang terbaik dipamerkan Liverpool yang kini berada di belakang Chelsea dengan perbezaan gol.

WEST HAM berjaya keluar dari kelompok terbawah apabila menewaskan Everton 3-1 - kemenangan pertama Hammers sejak dikendalikan oleh Manuel Pellegrini. Pemain West Ham Andriy Yarmolenko (gambar) menjaringkan dua gol sementara Marko Arnautovic menyumbatkan satu gol dalam perlawanan itu. Terdapat spekulasi Pellegrini, walaupun diberi AS$129 juta ($177.3 juta) untuk membeli pemain sebelum musim bermula, mungkin akan dipecat selepas memulakan kempen dengan empat kekalahan berturut-turut. Bagaimanapun kemenangan 3-1 ke atas Everton, kelmarin, meredakan seketika khabar angin tersebut dan mungkin pengurus dari Chile itu lebih ceria untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-65.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >