Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Darul Ihsan rintis program peralihan buat bekas penghuni

Juga perkenal kurikulum pendidikan peribadi, hasilnya prestasi akademik lebih separuh penghuni meningkat
Jun 13, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Derma Amanah Muslimin (MTFA) telah memperkenalkan satu program peralihan bagi membantu bekas penghuni Darul Ihsan menjalani proses integrasi dalam masyarakat selepas mereka tamat menginap di rumah anak yatim tersebut.



Program perintis itu bertujuan untuk memudahkan dan menggalak penyepaduan lebih selamat dan membolehkan bekas penghuni menjalani kehidupan berdikari dalam 'dunia dan masyarakat' baru mereka.



Sebagai permulaan, lima penghuni berusia 18 tahun ke atas menyertai projek tersebut yang mula dilaksanakan 1 Jun 2021.



"Oleh kerana ramai tidak mempunyai keluarga atau tempat berteduh yang selamat, program perintis peralihan kehidupan ini dilakar untuk membantu penghuni menyesuaikan semula kehidupan mereka daripada sekitaran olahan yang berstruktur tinggi kepada sekitaran dunia yang sebenar," kata Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos.



Darul Ihsan kini mempunyai 51 penghuni - 25 budak lelaki dan 26 budak perempuan.



Menjelas lanjut mengenai program tersebut dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini, Dr Qader berkata program itu antara lain akan menyediakan ruang penginapan berdikari.



Bekas penghuni juga akan terus disokong menjalani peningkatan kemahiran diri yang relevan seperti dalam kemahiran menulis resume, pengurusan kewangan, kemahiran menjalani interviu, kemahiran memasak dan komunikasi.



Dengan lain perkataan, program itu diharap dapat memberi peluang untuk bekas penghuni menyesuaikan diri dalam sekitaran dunia sebenar, tetapi pada masa yang sama tetap diberi sokongan dan jagaan diperlukan.



Selain program perintis itu, Darul Ihsan, yang dikendalikan MTFA, juga telah memperkenal beberapa inisiatif peningkatan diri untuk meningkatkan lagi sokongan dan jagaan bagi penghuni rumah tersebut.



Misalnya ia telah memulakan satu kurikulum pendidikan peribadi sejak Januari 2020.



Dr Qader berkata seorang pegawai akademik telah diambil bekerja sepenuh masa untuk menilai dan mengenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan penghuni.



Hasil daripada penilaian tersebut, MTFA memperkenal langkah campur tangan khusus dan peribadi dalam bidang-bidang di mana penghuni menghadapi cabaran akademik terbesar.



Usaha itu membuahkan hasil - prestasi akademik lebih separuh penghuni Darul Ihsan meningkat dengan ketara pada akhir tahun lalu.



Bahkan, beberapa pula menerima anugerah sekolah dan mendapat pujian hasil pencapaian baik mereka itu.



MTFA, kata Dr Qader, akan terus memberi tumpuan dalam usaha ini kerana "kami teguh percaya bahawa pendidikan yang baik merupakan kunci yang boleh memperbaiki dan meningkatkan kehidupan masa depan mereka dan keluarga mereka".



MTFA juga memperkenalkan kegiatan peningkatan kemahiran meliputi:



  • Program Bola Sepak Malam Sabtu - untuk memperkasa penghuni perempuan menyertai sukan bola sepak sebagai kegiatan membina semangat berpasukan dan kemahiran baru;

  • Kelas Memasak bersama Cef Louie - untuk mengajar penghuni perempuan cara menyediakan masakan pilihan Italy;

  • Kelas Tinju - untuk membantu penghuni mengawal perasaan marah dan emosi menerusi tinju dan pada masa yang sama mengekalkan kekuatan jasmani;

  • Terapi Berasaskan Ekuin - untuk membantu penghuni mengenali diri, sekitaran dan orang-orang sekeliling menerusi interaksi dan penjagaan kuda;

  • Ketukangan Kulit - untuk mengajar kemahiran menghasilkan produk kulit sebagai sebahagian daripada inisiatif keusahawanan sosial lebih luas bagi penghuni Darul Ihsan.

Bagi menjayakan program dan inisiatif yang dilakar itu, Darul Ihsan menggajikan 42 kakitangan sepenuh masa meliputi pegawai kebajikan, pekerja kes, pengurus dan pekerja sokongan serta pentadbiran.



Rumah tersebut juga dibantu para sukarelawan yang tampil menyumbang masa dan sumber untuk menjalankan kerja-kerja daripada memberi tuisyen hingga menjadi pendamping.



Walaupun pandemik Covid-19 kini telah mengehadkan kegiatan bersemuka itu, Dr Qader berkata sukarelawan Darul Ihsan masih dapat menyokong penghuni menerusi kaedah dan persidangan maya.



Bercakap mengenai bilangan penghuni Darul Ihsan pula, Dr Qader berkata jumlahnya kekal stabil namun sejak dua hingga tiga tahun lalu profil mereka berubah dengan lebih ramai dimasukkan ke dalam rumah tersebut atas arahan perlindungan kanak-kanak.



Ini ketara tahun lalu dan selepas tempoh pemutus litar jangkitan dek gangguan yang dialami dalam jagaan angkat atau keganasan domestik yang dilaporkan.



"Dengan penyatuan semula keluarga sebagai keutamaan, kami giat mencari peluang dan kerap menilai kemungkinan penghuni dapat menjalani integrasi semula dengan selamat supaya mereka dapat kembali bersama keluarga, dan menyokong mereka secara kewangan di mana perlu," kata Dr Qader.




"Dengan penyatuan semula keluarga sebagai keutamaan, kami giat mencari peluang dan kerap menilai kemungkinan penghuni dapat menjalani integrasi semula dengan selamat supaya mereka dapat kembali bersama keluarga, dan menyokong mereka secara kewangan di mana perlu."
- Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos.




SEKILAS MENGENAI MTFA 



  • Diasaskan pada 1904

  • Darul Ihsan bagi lelaki dilancar pada 1962

  • Darul Ihsan bagi perempuan dilancar pada 1972

  • Ihsan Kidney Care dibuka pada 2018

  • Ihsan Casket ditubuh pada 2020

  • Presiden MTFA, Encik Wasim Abdul Majid

  • 13 karyawan pelbagai bidang anggotai Majlis Pengurusan MTFA

  • Punyai 69 pekerja sepenuh masa

  • Antara 1996-2020 agih hampir $4j biasiswa & dermasiswa kepada 3,233 pelajar keluarga pendapatan rendah

  • Tahun lalu agih jumlah terbesar biasiswa & dermasiswa $513,000 kepada 416 pelajar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >