- Setiap isi rumah boleh menerima sehingga lima pengunjung pada setiap satu masa; peningkatan daripada lima pelawat setiap hari
- Jarak selamat tidak diperlukan dalam sekitaran pelitup digunakan; jika perlu, jarak 1 meter akan dikenakan
- Firma boleh mengerahkan kakitangan merentasi tempat kerja berbeza; perhimpunan sosial di tempat kerja boleh disambung semula dengan had lima orang.
- Sukan berpasukan boleh diteruskan dalam kumpulan sehingga 30 orang yang divaksin penuh di kemudahan tertentu
- Had saiz khusus akan ditiadakan bagi acara seperti khidmat keagamaan dan majlis perkahwinan; had kapasiti 50 peratus akan dikenakan bagi acara besar yang mempunyai lebih 1,000 orang.
- Had kunjungan masyarakat dan peraturan akan dilonggarkan bagi pekerja migran yang tinggal di dormitori, dengan lebih ramai yang dibenarkan melakukan sedemikian.
- Pengunjung VTL dan mereka dari negara berisiko rendah hanya perlu menjalani ART yang tidak diselia dalam tempoh 24 jam apabila tiba di Singapura
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Sekilas perubahan
Mar 16, 2022 | 05:30 AM