Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Reaksi ucapan bahasa melayu

ndr
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



“Kami mahu membawa masyarakat bersama untuk membantu keluarga-keluarga (yang  tinggal di rumah sewa), mereka yang boleh  menjadi pembimbing kepada  keluarga-keluarga ini dari segi jenis pekerjaan,  kemahiran dan membimbing mereka ke arah  latihan yang sesuai yang boleh memberi  mereka kerja yang lebih baik.



Kami akan melihat kepada sumber masyarakat  agar sebarang cabaran yang mungkin dihadapi keluarga di rumah  sewa boleh disokong.



Mesej kepada masyarakat kita ialah flat sewa adalah sementara, ia  bukan perumahan tetap – perumahan tetap mesti merupakan rumah  yang anda miliki dan kami mahu membantu anda memiliki rumah  kerana pemilikan rumah bukan sahaja tentang memiliki rumah tetapi  ia adalah masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak anda.”
 – Dr Mohd Maliki Osman, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).



“Usaha meningkatkan pendapatan pekerja gaji  rendah ialah usaha  melibatkan seluruh  masyarakat. Covid-19  menunjukkan kita bahawa  ramai pekerja ini juga pekerja khidmat  penting. Dengan memberikan kenaikan gaji  yang mampan, ini akan meningkatkan  kehidupan dan mata pencarian mereka.  NTUC dan kesatuan kami akan kekal  menjadi hubungan antara majikan dan  pekerja untuk menggalakkan peningkatan  kemahiran sejajar dengan produktiviti. Kami  mengalu-alukan syarikat untuk bekerjasama  dengan NTUC untuk merasmikan  Jawatankuasa Latihan Syarikat dan alat  Peta Hala Tuju Operasi dan Teknologi  untuk membantu syarikat mengubah dan  meningkatkan kemahiran pekerja."
– Encik Mohd Fahmi Aliman, Anggota Parlimen GRC  Marine Parade



“Masyarakat kita telah membuat beberapa kemajuan.  Memang, masih terdapat isu  yang perlu diberi perhatian  seperti peningkatan bilangan  anggota masyarakat Melayu  yang tinggal di rumah sewa, tercicir dalam  pelajaran dan sebagainya. Kami masih giat  menjalankan program-program bagi  menangani isu tersebut tapi sudah menjadi  lumrah kehidupan, apabila kita maju  selangkah, kita mendahagakan lebih banyak  kemajuan, dan saya melihat hal ini sebagai  suatu perkara yang positif di mana kita mesti  yakin dan percaya bahawa kita mampu  memperbaiki taraf hidup kita. Tetapi apa yang  lebih penting ialah kita mengambil  langkah-langkah yang diperlukan untuk  memajukan diri kita sendiri, dan juga  membantu memajukan masyarakat kita secara  keseluruhannya.”  
– Cik Mariam Jaafar, Anggota Parlimen GRC Sembawang.



“Kita adalah sebuah masyarakat berbilang kaum,  berbilang suara. Semakin masyarakat kita  maju, dan identiti kita  berkembang, semakin kita  dapat mendengar pendapat yang berbeza.  Walaupun kita ada pendapat berbeza,  masyarakat kita tak perlu berpecah belah. Kita  harus terus berbincang isu sensitif dengan cara  yang objektif, hormat, dan usaha ini bermula  dengan kita, setiap individu. Mengenai isu  tudung, saya alu-alukan keputusan  pemerintah. Ini adalah satu langkah ke  hadapan yang positif. Saya tahu bukan senang  untuk mendapatkan satu huraian terutama  sekali kerana ia melibatkan pelbagai pihak.  Tapi saya rasa ramai terutama dalam jagaan  kesihatan yang agak gembira dengan  keputusan ini. Usaha kita akan berterusan  untuk membina satu tenaga kerja yang inklusif  dan rencam."
– Cik Nadia Samdin, Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >