Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, PM Najib hadiri rahat pemimpin

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tiba di Singapura hari ini bagi menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-8, atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata rahat tahunan ini adalah wadah penting bagi kededua perdana menteri menilai kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala dan mengatur hala tuju bagi masa depan.



Kemuncak rahat dua hari itu adalah pemeteraian Perjanjian Dua Hala Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Istana esok, yang akan disaksikan Datuk Najib dan Encik Lee.



Perjanjian itu akan ditandatangani Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.



Perjanjian tersebut membuka laluan kepada kerja binaan dimulakan bagi membina RTS Link yang pertama kali diumumkan pada 2010.



Apabila siap nanti, laluan rel itu akan menghubungkan Woodlands North di Singapura dengan Bukit Chagar di Johor Bahru, yang antara lain diharap dapat mengurangkan kesesakan yang kini dialami di Woodlands dan Tuas.



Stesen MRT Woodlands North itu akan dihubungkan dengan laluan MRT Thomson-East (TEL) yang sedang dibina.



"RTS Link akan membantu menambah keterhubungan, perkukuh hubungan ekonomi dan perniagaan dan mempertingkat hubungan antara rakyat," kata MFA.



Hari ini, kededua perdana menteri itu dijangka menghadiri pembukaan rasmi projek pembangunan campuran Marina One dan DUO, yang diusahakan M+S Pte Ltd - syarikat yang ditubuhkan bersama Temasek Holdings dan Khazanah Nasional Berhad.



"Dua projek ikonik ini akan memberi manfaat ketara kepada kededua negara, ekoran pelaksanaan penuh Perkara Persetujuan (POA) mengenai Tanah Kereta Api Malaya 2011," kata MFA.



Menurut MFA, setibanya di Singapura, Datuk Najib akan mengadakan kunjungan untuk menemui Presiden Halimah Yacob di Istana. Inilah kali pertama kededua pemimpin itu bertemu di Istana sejak Puan Halimah menjadi Presiden tahun lalu.



Encik Lee dan isterinya Cik Lee, pula akan menjadi hos jamuan malam privet untuk Datuk Najib dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, malam ini.



Rahat hari ini dan esok sebenarnya dijadualkan Disember lalu, tetapi ditunda kerana Datuk Najib perlu menghadiri sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turkey bagi membincangkan isu Baitulmakdis.



Datuk Najib berkunjung ke Singapura dengan diiringi rombongan pegawai jawatan tinggi yang dianggotai menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaannya.



Rombongan Singapura pula turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, dan beberapa menteri Kabinet.




SEKILAS



  • Rahat berlangsung hari ini dan esok

  • Hari ini

- Datuk Najib dijangka mengunjungi Presiden Halimah Yacob di Istana, kali pertama kededua pemimpin itu bertemu sejak Puan Halimah menjadi Presiden tahun lalu.



- Datuk Najib dan Encik Lee akan hadiri pembukaan rasmi projek Marina One dan DUO.



- Projek pembangunan campuran itu dibangunkan M+S Pte Ltd - syarikat yang ditubuhkan bersama oleh Temasek Holdings dan Khazanah Nasional Berhad bagi melaksanakan Perkara Persetujuan (POA) berkenaan Tanah Kereta Api Malaya 2011.



  • Esok

- Singapura dan Malaysia akan menandatangani Perjanjian Dua Hala Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Istana.



- Ia bakal ditandatangani Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Penyelaras bagi Prasarana Khaw Boon Wan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >