Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 100 mayat tidak dituntut setiap tahun

Jan 16, 2017 | 03:00 PM



SEKURANG-KURANGNYA 100 mayat tidak dituntut di rumah pengebumian dan rumah mayat di Singapura setiap tahun.

Walaupun kebanyakannya kemudian disemadikan, sebahagiannya dihantar ke hospital dan sekolah perubatan untuk pendidikan atau penyelidikan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), purata 15 mayat yang tidak dituntut setahun digunakan untuk tujuan serupa itu antara 2011-2015.

Di New York, berlaku perbahasan berhubung undang-undang baru yang melarang penggunaan mayat yang tidak dituntut sebagai bahan mengajar tanpa kebenaran bertulis pasangan atau keluarga terdekat. Sebelum ini, pegawai di sana memperuntukkan mayat yang tidak dituntut ke sekolah-sekolah perubatan untuk pembedahan sekolah rumah mayat untuk melatih pengerasan mayat.

Menurut MOH, keadaan di Singapura terkawal.

Apabila mayat tidak dituntut selepas 24 jam, Pengarah perkhidmatan perubatan MOH boleh mengizinkan mayat atau sebahagian badannya untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan pergigian atau perubatan.

Tetapi pihak polis mesti mengesahkan bahawa waris atau pihak yang harus menuntut tidak dapat dikesan dan kelulusan Koroner Negara mesti didapatkan.

Ini biasanya mengambil masa beberapa minggu.

Kebanyakan mayat yang tidak dituntut adalah orang-orang tua, menurut seorang pengarah pengebumian, rumah penjagaan dan hospital.

Ini termasuk mereka yang ditinggalkan oleh ahli keluarga selepas mendaftar masuk ke rumah penjagaan. Ada yang terpisah atau tidak mempunyai butiran waris.

Seorang pengurus mayat, Encik Roland Tay, menguruskan 20-30 kes serupa itu setahun.

"Amat sedih melihat kes serupa itu... Apabila mereka meninggal, tidak ada sesiapa yang menguruskan mayat mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >