Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 1.14j penumpang lalui Changi - kadar tertinggi sejak pandemik

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 1.14 juta penumpang telah melalui Lapangan Terbang Changi Mac lalu, menandakan kali pertama angka melebihi satu juta penumpang berjaya dicatat sejak sempadan ditutup akibat Covid-19 dua tahun lalu.



Ini bermakna trafik penumpang bulan lalu hanya berada pada 20.3 peratus berbanding jumlah penumpang pada Mac 2019 sebelum pandemik.



Tetapi, jumlah itu adalah hampir enam kali ganda lebih banyak berbanding trafik yang didaftar setahun lalu, memberi isyarat bahawa hab udara negara sedang beransur pulih.



Pemerhati industri menjangkakan pemulihan lanjut dalam beberapa bulan mendatang, dengan Singapura kini telah membuka sempadannya pada 1 April lalu kepada semua pengunjung yang sudah divaksin bagi Covid-19.



Namun, pemulihan penuh trafik penumpang tidak akan dapat dicapai sehingga China, pasaran utama hab udara Singapura, membuka semula sempadannya.



Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) mengumumkan perangkaan bulan Mac itu dalam penerbitannya, Changi Journeys, semalam.



Pengarah pengurusan bagi pembangunan hab udara CAG, Encik Lim Ching Kiat berkata: "Kelonggaran lanjut pada sekatan perjalanan sejak permulaan April adalah perkembangan positif untuk hab udara Changi dan kami terdorong dengan kenaikan berterusan pada trafik penumpang."



Beliau berkata pembukaan semula sempadan Singapura telah memberi syarikat itu keyakinan melancarkan laluan perjalanan baru dan memulakan semula khidmatnya.



CAG akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perdagangan untuk merangsang perjalanan dan membina kesalinghubungan lapangan terbang, tambah Encik Lim.



Sejumlah 13,200 pesawat mendarat dan berlepas dari Lapangan Terbang Changi Mac lalu, naik 62.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Tetapi daya pemprosesan pengangkutan udara turun sebanyak 3.4 peratus kepada 152,000 tan. CAG mengaitkan kemerosotan ini kepada gangguan rantaian bekalan akibat keadaan Covid-19 dalam pasaran kargo utama Lapangan Terbang Changi dan ketegangan geopolitik.



Dari segi hasil disatukan bagi suku pertama tahun ini, CAG berkata ia merekodkan sejumlah 2.56 juta pergerakan penumpang. Ini adalah 15.6 peratus daripada angka sebelum pandemik.



Lima pasaran penumpang teratas ialah Australia, India, Malaysia, Thailand dan Indonesia. Sementara itu, Kuala Lumpur, Sydney, Melbourne, Jakarta dan London membentuk lima destinasi bandar teratas.



Sehingga 1 April lalu, 81 syarikat penerbangan mengendalikan lebih 2,800 penerbangan berjadual mingguan di Lapangan Terbang Changi. Lapangan terbang itu kini dihubungkan dengan 121 bandar di 47 negara/wilayah oleh kedua-dua penerbangan penumpang dan kargo.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata pada Isnin lalu bahawa Singapura berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran.



Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Changi pada minggu lalu mencecah 31 peratus daripada purata trafik penumpang mingguan pada 2019, berikutan peningkatan trafik yang didorong oleh cuti hujung minggu panjang Good Friday.



Jumlah trafik telah meningkat untuk semua pasaran utama, dengan pertumbuhan kukuh terutamanya untuk trafik ke dan dari Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand, kata CAAS.



Singapore Airlines Group (SIA), yang mengendalikan SIA dan cabang bajetnya Scoot, berkata minggu ini bahawa kapasiti penumpangnya kini berada pada 51 peratus daripada paras pra-Covid. Ini dijangka meningkat kepada kira-kira 61 peratus menjelang Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >