Sekitar 130 kakitangan ICA di Lapangan Terbang Changi negatif Covid-19 setelah pegawai dijangkiti, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Sekitar 130 kakitangan ICA di Lapangan Terbang Changi negatif Covid-19 setelah pegawai dijangkiti

May 03, 2021 | 05:48 PM

SERAMAI 32 pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Lapangan Terbang Changi yang merupakan kontak rapat seorang pegawai yang dijangkiti Covid-19 telah disahkan negatif penyakit itu.

Sekitar 100 pegawai lain yang diuji sebagai langkah berjaga-jaga juga memberi keputusan negatif, lapor The Straits Times.

Pegawai ICA berusia 38 tahun itu, yang dikerahkan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, didapati dijangkiti Covid-19 pada 27 April.

Pegawai itu, timbalan ketua pasukan di Lapangan Terbang Changi, dikerahkan di kaunter pegawai bertugas di Terminal 1, yang memproses ketibaan pengunjung.

Pada malam Ahad, seorang lagi pegawai ICA disahkan positif Covid-19.

Discover Malay Home Based Businesses

Pegawai berusia 32 tahun itu dikerahkan di Akademi Home Team dan kali terakhir ke tempat kerja pada 26 April.

Beliau dikuarantin keesokan harinya kerana beliau juga merupakan kontak rapat pegawai ICA di Lapangan Terbang Changi yang dijangkiti Covid-19 itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map