Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 1,440 dijangka rentas sempadan SG-JB dalam minggu pertama VTL: Menteri Besar

Nov 21, 2021 | 04:59 PM



JOHOR BARU: Sekitar 1,440 orang dijangka dapat merentas sempadan Johor dan Singapura pada minggu pertama pelaksanaan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi  (VTL) darat.


Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata pada Ahad (21 Nov) bahawa kerajaan negeri bersedia dan menantikan pelaksanaan VTL darat.


“Berdasarkan kapasiti dan persiapan awal kami untuk VTL darat, kami menjangkakan akan melihat pergerakan kira-kira 1,440 orang pada minggu pertama pelaksanaannya.


"Sama ada mereka yang menggunakan VTL darat perlu menggunakan pengangkutan awam atau dibenarkan menggunakan kenderaan privet, itu masih dibincangkan. Apa pun, di Johor, kami sudah bersedia," katanya.


Encik Hasni berkata demikian semasa menjawab soalan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)  mengenai status pembukaan semula sempadan antara Johor dan Singapura di sidang DUN pada Ahad.


Media Malaysia telah melaporkan bahawa sempadan antara Singapura dan Johor untuk dibuka semula pada 29 November, walaupun ini belum disahkan oleh Singapura dan kerajaan persekutuan Malaysia.


Pada hari Sabtu, pasukan bertindak pelbagai kementerian untuk menangani Covid-19 Singapura berkata sempadan darat Singapura-Malaysia boleh dibuka menjelang akhir November untuk membolehkan mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk bersatu semula.


Negara-negara itu sedang berbincang untuk membuka VTL untuk pelawat yang diberi vaksin, mengutamakan keluarga yang telah lama terpisah sejak permulaan Covid-19.


Lebih 100,000 rakyat Malaysia dianggarkan terkandas di Singapura sejak sempadan ditutup.


Encik Hasni berkata, bilangan orang yang dibenarkan menggunakan VTL darat setiap minggu akan meningkat secara beransur-ansur berdasarkan sejauh mana pelaksanaan awal berjalan dengan lancar.


“Kami akan melihat kejayaan dan kelancaran pelaksanaan awal VTL darat sebelum meningkatkan kapasiti,” katanya.


"Kami menjangka dapat meningkatkannya kepada 2,500 dan kemudian kepada 5,000 seminggu," tambah Encik Hasni, sambil berkata ujian perintis ke atas VTL darat antara Johor dan Singapura akan dijalankan pada hari Isnin.


Mengenai kategori orang yang boleh memanfaatkan VTL darat, Encik Hasni berkata kerajaan negeri menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kategori pelawat yang sama seperti dalam VTL udara antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi untuk diizinkan menggunakan VTL darat.


"Kedua-dua VTL udara dan darat dijangka berkuat kuasa pada tarikh yang sama, iaitu pada 29 November dan kami berharap tidak ada sebarang perubahan pada tarikh itu," katanya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >