Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 150 kes jenayah libatkan pisau setiap tahun

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN jenayah berkaitan pisau yang melibatkan pembunuhan, rompakan, rusuhan dan kecederaan serius kekal stabil, dengan puratanya mencecah sekitar 150 kes setiap tahun dalam tempoh lima tahun lalu.



Mendedahkan angka ini di Parlimen semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, berkata 36 peratus daripada jenayah ini berlaku di kawasan perumahan, 3 peratus di kawasan pendidikan, dan bakinya di tempat awam dan komersial.



"Bagi peristiwa mendesak, termasuk yang melibatkan senjata berbahaya, polis secara amnya boleh bertindak balas dalam tempoh 15 minit selepas panggilan," katanya.



Encik Tan berkata demikian untuk menjawab soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Encik Zhulkarnain telah bertanya apakah langkah yang diambil untuk melindungi orang ramai berikutan jenayah berkaitan pedang dan pisau baru-baru ini, dan adakah terdapat larangan menyeluruh untuk membawa pisau, pisau cukur atau objek tajam lain di sekolah, kawasan awam atau komersial.



Jenayah sedemikian menarik perhatian baru-baru setelah timbul beberapa insiden, termasuk pada 14 Mac lalu melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dirakam menghayun pedang berhampiran pusat beli-belah Buangkok Square.



Lelaki itu dilihat menghayun senjatanya ke arah pejalan kaki sebelum orang awam lain tampil membantu menahannya sehingga polis tiba dan memberkas lelaki tersebut.



Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, seorang lelaki berusia 64 tahun yang bersenjatakan pisau ditembak dan dibunuh oleh polis.



Lelaki itu telah diarahkan oleh pegawai untuk melepaskan senjatanya, tetapi enggan berbuat demikian.



Encik Tan berkata apabila seseorang enggan mematuhi arahan polis dan menimbulkan ancaman kepada nyawa orang di sekelilingnya, termasuk pegawai, polis mungkin menggunakan kekerasan yang boleh membawa maut.



Beliau berkata: "Pegawai akan menggunakan kekerasan, di mana perlu dan ini termasuk situasi yang memerlukan mereka untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa, termasuk nyawa mereka sendiri, dan menghalang kelakuan kesalahan, dan menangkap subjek."



Beliau berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri kini mengawal enam barangan di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan.



Ini merangkumi pedang, lembing, mata lembing, pisau belati, bayonet serta busur dan anak panah yang berbahaya.



Beliau berkata senarai senjata terkawal ini akan diperluaskan untuk merangkumi barangan seperti knuckledusters dan pisau jentik apabila Akta Kawalan Senjata Api, Letupan dan Senjata menggantikan Akta tersebut pada akhir tahun ini.



Barangan terkawal akan tertakluk kepada kawalan yang lebih besar, termasuk kawal selia jualan di platform e-dagang.



Encik Tan menjelaskan bahawa pendekatan praktikal terhadap peraturan perlu diambil.



"Kita perlu tentukur langkah-langkah kawal selia yang akan dikenakan.



"Banyak barangan yang biasa digunakan setiap hari, seperti pisau, juga boleh digunakan sebagai senjata serangan.



"Kita perlu bersikap praktikal dan tidak terlalu mengawal selia barang sedemikian," ujar Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >