Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 20 pesakit terlibat dalam konspirasi tipu rekod vaksinasi

Tiga individu telah diberkas atas dakwaan bersubahat untuk menipu dan menyerahkan rekod vaksinasi palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH). Mereka ialah pengasas kumpulan antivaksin Healing the Divide, Iris Koh, pengamal perubatan umum (GP) Jipson Quah dan pembantu di kliniknya, Thomas Chua. Isu ini timbul selepas MOH membuat laporan polis mengenai Quah, yang disyaki membuat pengesahan palsu kepada kementerian itu, menyatakan individu yang belum divaksin sudah mengambil vaksin Sinopharm walaupun sebaliknya mereka tidak menerima sebarang suntikan vaksin. Ikuti perkembangan terkini konspirasi penipuan vaksin ini.
Feb 03, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki yang didakwa bersubahat dalam menipu dan menyerahkan rekod vaksinasi palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH) telah dibenar diikat jamin, manakala permohonan ikat jamin seorang lagi individu yang dituduh terlibat dalam konspirasi penipuan vaksinasi itu telah ditolak mahkamah.



Iris Koh, pengasas kumpulan antivaksin Healing the Divide, tidak diberi ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Isnin lalu kerana pihak pendakwaan mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 20 pesakit terlibat dalam konspirasi tersebut.



Koh, 46 tahun, juga dikatakan enggan bekerjasama untuk membantu siasatan polis.



Wanita itu dituduh Jumaat lalu kerana bersubahat dengan pengamal perubatan umum (GP) Jipson Quah untuk membuat pengesahan palsu kepada MOH, menyatakan individu yang belum divaksin sudah mengambil vaksin Sinopharm walaupun sebaliknya mereka tidak menerima sebarang suntikan vaksin.



Quah, 33 tahun, dituduh membuat pengesahan palsu kepada MOH dengan menyediakan rekod vaksinasi Covid-19 palsu, namun diberikan ikat jamin $20,000 Isnin lalu.



Pembantu Quah, Thomas Chua Cheng Soon, 40 tahun, yang berdepan tuduhan sama, turut diberikan ikat jamin $15,000.



Ketiga-tiga tertuduh ialah warga Singapura.



Isnin lalu, pihak pendakwa, dalam hujah terhadap rayuan Koh memohon diberikan ikat jamin, berkata sekurang-kurangnya 20 pesakit terlibat dalam konspirasi penipuan dan bahawa siasatan yang sedang dijalankan mendedahkan kesalahan berhubung pengujian sebelum acara yang dilakukan sendiri dan surat pengecualian vaksin palsu.



Pihak pendakwaan berkata sejak penahanannya pada 21 Januari lalu, Koh gagal bekerjasama dan ini melengahkan siasatan polis.



Koh mengoyak kenyataan polis pada hari kelima sewaktu ditahan reman, mengoyak pertuduhan yang dibaca kepadanya Jumaat lalu, yang menurut hakim dianggap sebagai "tidak menghormati proses siasatan dan mahkamah".



Koh juga berulang kali mengadu mengalami kegelisahan dan serangan panik, tetapi enggan mendapatkan rawatan perubatan.



Hakim Vincent Hoong bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa kegagalan Koh untuk bekerjasama dengan penyiasat polis menyebabkan dia perlu direman untuk siasatan.



"Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa ia adalah disebabkan usaha pemohon untuk menggagalkan dan menghalang siasatan yang telah jelas menyumbang kepada keperluan untuk tempoh reman ini dilanjutkan," katanya.



Hakim Hoong berkata: "Akibat daripada penangguhan siasatan ini tidak dinafikan disebabkan oleh percubaan aktif dan sengaja dia untuk menggagalkan siasatan."



Beliau menyatakan bahawa "sifat suka bergaduh, tingkah laku menghalang dan kurang bekerjasama dalam siasatan" semasa tempoh awal reman, yang bermula pada 23 Januari, adalah "mengerikan".



Hakim berkata permohonan Koh untuk dibenarkan ikat jamin adalah "langsung tanpa merit".



Beliau menyatakan bahawa Koh telah didakwa atas kesalahan yang tidak boleh dijamin, dan tanggungjawab terletak pada Koh untuk memberikan bukti yang memuaskan hati mahkamah bahawa jaminan harus diberikan.



Peguam Koh, Encik Clarence Lun, membangkitkan keadaan perubatan Koh - hipertiroidisme - sebagai faktor untuk menyokong permohonan kliennya.



Namun, Hakim Hoong berkata ini adalah alasan yang tidak mencukupi untuk jaminan diberikan.



Beliau berkata Koh telah dinilai sihat untuk keluar dari Hospital Besar Singapura (SGH) Isnin lalu dan dijadual menjalani prosedur biopsi dalam dua hingga tiga minggu ini.



Encik Lun juga berkata suami Koh telah memohon untuk melawat Koh di hospital semasa tempoh remannya, tetapi pihak pendakwaan menjawab bahawa "tiada asas untuk hak lawatan tersebut".



Bersetuju dengan pihak pendakwaan, Hakim Hoong menolak hak lawatan Koh.



Semasa perbicaraan yang diadakan melalui persidangan video, Koh dilihat mengangkat tangan dan kelihatan bercakap tetapi tidak diendahkan oleh hakim, yang menyatakan bahawa dia mempunyai perwakilan undang-undang.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jiang Ke-yue memberitahu mahkamah bahawa polis telah bersikap mudah bertolak ansur dengan Koh dan menawarkan rawatan perubatan jika perlu, tetapi bukti menunjukkan bahawa dia tidak memberi kerjasama.



DPP Jiang berkata ketika pertuduhan dibacakan kepada Koh di SGH Jumaat lalu, dia menjerit untuk menyuarakan penolakannya, melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai siasatan dan mengoyak pertuduhan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >