Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 30% kakitangan barisan depan Home Team telah terima vaksin penggalak Covid-19

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 30 peratus pekerja barisan hadapan Home Team, iaitu 10,090 kakitangannya, telah menerima suntikan penggalak Covid-19 hingga 26 November.



Ini termasuk pekerja barisan hadapan berusia antara 18 hingga 29 tahun di seluruh jabatan Home Team, merangkumi Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).



Terdapat juga pegawai Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa dalam kumpulan ini.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata:



"Home Team menyasarkan pegawai yang layak mendapatkan suntikan penggalak menjelang suku pertama 2022, sambil mengimbangkan keperluan untuk meneruskan operasi."



Pegawai yang layak boleh memilih menerima suntikan penggalak Moderna atau Pfizer-BioNTech/Comirnaty, dan akan dikecualikan dari kegiatan fizikal berat selama dua minggu setelah menerima suntikan penggalak mereka.



Dari 9 Oktober, pegawai Home Team berusia 30 tahun ke atas dan kumpulan pegawai barisan hadapan yang terpilih berusia bawah 30 tahun - seperti mereka yang terlibat dalam operasi penjagaan kesihatan barisan hadapan - dijemput secara progresif oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menerima suntikan penggalak, enam bulan selepas menerima dos vaksin kedua mereka.



Pada 5 November, kriteria itu diperluaskan kepada semua pegawai barisan hadapan berusia antara 18 dan 29 tahun.



Sejak 2 Disember, pegawai Home Team berusia bawah 30 tahun yang sedang menjalani latihan juga ditawarkan secara progresif untuk mengambil suntikan penggalak mereka untuk perlindungan selanjutnya, supaya dapat berlatih dengan selamat, tambah jurucakap itu.



Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengumumkan pada 2 Disember bahawa semua kakitangan penting Mindef dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang telah dinilai mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi akan ditawarkan suntikan penggalak.



Ini juga termasuk kakitangan berusia bawah 30 tahun dari unit operasi, unit aktif yang menjalani latihan operasi dan sekolah latihan SAF.



Lebih 99 peratus kakitangan perkhidmatan telah divaksin sepenuhnya hingga September, dan program penggalak yang berkembang secara progresif ini dijangka meningkatkan perlindungan kakitangan Mindef dan SAF dari 40 peratus hingga lebih 80 peratus selepas enam bulan.



"Kesihatan dan keselamatan pegawai Home Team tetap menjadi keutamaan kami. Jabatan Home Team akan terus menjadualkan kakitangan Home Team untuk menerima suntikan penggalak dengan cepat, dengan mengambil kira tenaga kerja yang diperlukan untuk tugas barisan hadapan," tambah jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >