Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekitar 40 peratus kes import Covid-19 adalah pekerja migran

May 12, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN kedatangan pelawat di Lapangan Terbang Changi telah meningkat daripada sekitar 820 sehari November tahun lalu kepada 1,200 dalam bulan Mac tahun ini.



Memberikan semakan terkini di Dewan mengenai respon pemerintah terhadap Covid-19 semalam, Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong dalam ucapannya berkata di parlimen satu sebab bagi kenaikan ini ialah kerana kemasukan lebih ramai pekerja asing dalam sektor binaan, marin dan proses (CMP) serta pembantu rumah.



Kumpulan ini juga merupakan penyumbang terbesar kepada kes import Singapura iaitu sekitar 40 peratus sepanjang enam bulan lalu, meski pemeriksaan dan proses kuarantin lebih ketat dilaksanakan.



"Kes import telah pun menjalani notis duduk rumah (SHN) apabila kita mengesan mereka dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan masyarakat," katanya sambil menambah bahawa kenaikan pada bilangan kemasukan masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan firma di sini.



Encik Wong berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan para anggota parlimen mengenai langkah sempadan Singapura.



Beliau akur keinginan ramai yang mahukan langkah sempadan lebih ketat dilaksanakan meski langkah diperketat telah pun diambil.



Namun beliau menjelaskan tindakan sedemikian boleh menjejas Singapura dan rakyat Singapura.



Pendekatan yang diambil negara lebih besar dan kaya sumber seperti China, Australia dan New Zealand untuk menutup sempadan mereka, tidak boleh dilaksanakan Singapura.



"Perdagangan dan perjalanan merupakan sumber pendapatan penting kita. Bagi kita ini bukan sahaja sesuatu yang baik untuk dilakukan tetapi isu penakatan.



"Dalam erti kata lain, kita boleh menutup sempadan bagi tempoh yang singkat tetapi tidak boleh bagi tempoh yang lama," katanya.



Beliau turut menambah sektor kontraktor akan teruk terjejas dengan projek binaan ditangguh.



Menurutnya banyak projek BTO baru akan ditangguh sehingga setahun atau lebih.



Pemerintah, katanya akan melakukan lebih banyak untuk membantu sektor CMP yang terkesan.



Justeru Kementerian Pembangunan Negara (MND) telah menggariskan peraturan untuk membenarkan kontrak binaan sedia ada diubah suai untuk mengambil kira kenaikan dalam kos tenaga kerja.



Firma CMP akan menerima rebat levi pekerja asing lebih tinggi dari Mei hingga Disember tahun ini.



Rebat bagi pemegang Permit Kerja akan dinaikkan dari $90 setiap bulan kepada $250 sebulan.



Encik Wong juga berkata meski tiada bukti perubatan bahawa varian baru Covid-19 mempunyai tempoh inkubasi lebih lama, terdapat juga "risiko kecil" bagi kes demikian.



Ini merupakan sebab Singapura telah memanjangkan tempoh SHN kepada 21 hari bagi pelawat daripada negara berisiko tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >