Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 400 kedai kopi, pusat makanan sertai Skim Sokongan Meja Bersih

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 400 kedai kopi dan pusat makanan telah menyertai Skim Sokongan Meja Bersih Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk orang ramai memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Di bawah skim itu, kedai kopi dan pusat penjaja boleh menerima sokongan sehingga 50 peratus daripada kos yang ditanggung, dihadkan pada $2,500 bagi setiap premis.



Terdapat sekitar 1,120 kedai kopi dan 220 pusat makanan di Singapura.



Sekitar 99.6 peratus daripadanya mempunyai kemudahan bagi orang ramai memulangkan dulang mereka, berbanding hanya 20 peratus pada Julai lalu, tambah Dr Khor.



Sejak Jun lalu, adalah wajib bagi pelanggan mengembalikan dulang dan membuang sisa makanan atau sampah atas meja di pusat penjaja.



Ini termasuk mengangkat tisu terpakai, kain lap basah, straw, tin minuman, botol plastik dan sisa makanan.



Bagaimanapun, dalam usaha membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan peraturan baru itu, tiada tindakan penguatkuasaan diambil sehingga selepas 31 Ogos lalu.



Sejak September lalu, pesalah kali pertama yang tidak mematuhi peraturan itu akan diberi amaran bertulis.



Pesalah kali kedua pula akan dikenakan denda komposisi $300 manakala pesalah berulang boleh dikenakan denda mahkamah sehingga $2,000 untuk sabitan pertama.



Sejauh ini, hanya seorang sahaja yang telah diberi amaran bertulis kerana melanggar peraturan mengembalikan dulang dan membersihkan meja yang dilaksanakan di 114 pusat penjaja kendalian NEA di Singapura.



Semasa kunjungan ke pusat makanan Kopitiam di pusat beli-belah Hillion Mall dan kedai kopi Choh Dee Place di Blok 163A Gangsa Road - kedua-duanya di Bukit Panjang - semalam, Dr Khor berkata pelanggan yang menjamu selera di pusat penjaja secara umumnya kini lebih sedar tentang tanggungjawab membersihkan meja dan mengangkat dulang dan pinggan mangkuk mereka.



Sejak peraturan ketat itu dikuatkuasakan di pusat penjaja pada September lalu, lebih empat daripada lima pelanggan yang menjamu selera di pusat penjaja kini mengembalikan dulang dan pinggan mangkuk mereka.



"Pemerhatian kami adalah pelanggan kini secara umumnya lebih sedar tentang tanggungjawab mereka membersihkan meja mereka, dan bersedia berbuat demikian," kata Dr Khor.



Mulai Sabtu ini, orang ramai mesti mengembalikan dulang makanan mereka di pusat makanan dan kedai kopi menyusuli tempoh penasihat selama dua bulan.



Duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan Agensi Makanan Singapura (SFA) juga akan dikerahkan di pusat makanan dan kedai kopi untuk menasihatkan pelanggan agar memulang dulang dan pinggan mangkuk serta membersihkan meja mereka.



Menyentuh tentang tahap kebersihan sepanjang tempoh penasihat selama dua bulan itu, Dr Khor berkata:



"Pelanggan, pegerai dan pengendali kedai kopi mendapati persekitarannya lebih bersih, dan terdapat kurang gangguan serangga perosak.



"Pengendali pada mulanya prihatin pelanggan mungkin mendapati ia leceh dan mereka akan kehilangan perniagaan, tetapi mereka menyedari bahawa ini membantu kerana mereka dapat menyediakan meja bersih dengan lebih cepat dan pekerja pembersihan boleh memberi tumpuan pada kerja mensanitasikan meja."



Namun, Dr Khor memberi jaminan kepada orang awam bahawa penguatkuasaan tidak akan diambil terhadap mereka yang secara jelas tidak dapat mengembalikan dulang mereka, seperti warga emas yang lemah, individu kurang upaya dan kanak-kanak kecil.



Bagaimanapun, anggota keluarga mereka atau teman yang makan bersama harus membantu mereka berbuat demikian, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >