Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 400 sertai tinjauan HDB sejak 3 Feb

Sumbang idea bagi semarak semula kedai di estet kejiranan
Feb 22, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 400 responden telah menyertai sebuah tinjauan bagi menyumbang idea untuk menyemarakkan semula kedai di estet kejiranan Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) sejak ia dilancarkan 3 Februari lalu.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata demikian semalam sambil menggesa lebih ramai orang menyertai tinjauan itu.



Ini memandangkan persaingan dihadapi kedai kejiranan bertambah sengit lebih lagi disebabkan pandemik Covid-19 yang telah mengubah cara penduduk hidup, bekerja dan berbelanja.



Encik Lee berkata sejak sebelum pandemik, ia terdedah persaingan daripada pusat beli-belah, perdagangan elektronik, serta pengguna yang semakin bijak menggunakan wadah maya.



"Namun Covid-19 telah meningkatkan lagi cabaran itu serta kehangatan persaingannya... Bahkan dalam dua tahun ini, perdagangan elektronik telah berkembang dengan luar biasa dan inilah cabaran yang kami harus hadapi," katanya.



Selain itu, Encik Lee berkata gaya hidup penduduk turut berubah buat selamanya seperti adanya aturan pekerjaan hibrid dan, dengan itu, perlu ada huraian baru agar kedai kejiranan kekal relevan kepada penduduk di sini.



Semalam, Encik Lee telah menghadiri sebuah sesi pendekatan bersama penduduk anjuran Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkaitan isu tersebut yang menerima 24 peserta.



Beliau berkata pihaknya telah mendekati lebih 2,000 penduduk, pengendali kedai dan penyewa untuk mendapat pandangan mereka tentang bagaimana untuk menghidupkan semula kedai kejiranan.



Encik Lee berkata peserta telah menekankan kepentingan peranan kedai kejiranan bukan sahaja dalam memenuhi keperluan isi rumah, namun menawarkan kemudahan menerusi hubungan yang telah dibina sepanjang jangka masa lama dengan penduduk.



Oleh itu, para hadirin sesi itu mengutarakan beberapa cadangan, termasuk membantu peniaga memperluas perniagaan mereka dalam alam maya; menaik taraf premis kedai; serta mengadakan bazar atau pasar malam bagi menarik orang ramai belanja di kedai kejiranan.



Ada menyarankan agar HDB lebih terlibat dalam mengawal jenis kedai supaya terdapat pelbagai khidmat yang ditawar dan tiada penumpuan jenis kedai yang sama terletak dalam satu kawasan.



Namun, dalam saranan yang diutarakan peserta, Encik Lee turut menerangkan beberapa ketegangan yang bakal dihadapi kedai di estet perumahan seperti persaingan sengit antara kedai jiran jika jenis kedai yang disediakan tidak dikawal.



Ada yang ingin mengekalkan kedai tradisional tetapi generasi muda pula tidak lagi berminat dengan kedai seperti itu.



Manakala ada cadangan untuk menjadikan kedai kejiranan sebagai wadah meneroka perniagaan baru untuk generasi muda seperti khidmat cetak 3D (tiga dimensi) yang tidak ditawarkan di sektor privet kerana risikonya tinggi.



Encik Lee juga berkata kedai runcit kecil di kawasan kejiranan bakal hadapi cabaran rantaian bekalan dan tenaga logistik jika mereka memperluas perniagaan secara digital.



Oleh itu, Encik Lee berkata tinjauan MND itu penting agar keadaan kedai HDB dapat dinilai supaya ia dapat bangkit semula dengan teguh sesudah pandemik.



"Tidak kira anda seorang peniaga, seorang pemilik hartanah, pekerja atau pengguna muda dan tua, kita semua akan terjejas dengan kesan Covid," ujar beliau.



"Jadi ia lebih baik kita bersiap sedia terlebih dahulu dan bekerjasama dalam usaha peralihan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >