Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAN HIJAU SINGAPURA 2030

Sekitar $45j bagi program sokong teknologi bangunan hijau

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memperuntukkan sekitar $45 juta untuk program yang menyokong penyelidikan, pembangunan prototaip dan teknologi bangunan hijau, sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan bangunan lebih cekap tenaga.



Program Kelompok Inovasi Bangunan Hijau (GBIC) 2.0 yang dipertingkat bertujuan untuk menggalakkan pemilik dan pemaju bangunan untuk membangunkan huraian inovatif, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semalam.



Huraian sedemikian termasuk teknologi penyejukan yang cekap tenaga, sistem bangunan pintar dan pengalihan udara bangunan yang dipertingkatkan.



"Kami akan mempercepatkan komersialisasi huraian ini melalui kerjasama industri dan membantu membangun ekosistem setempat firma dengan kepakaran bangunan hijau," kata Encik Lee dalam perbahasan mengenai rancangan kemampanan pemerintah.



"Dengan cara ini, syarikat kami boleh bersaing dengan lebih baik dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk huraian bandar yang mampan dan menerajui usaha memacu pembangunan mampan di seluruh Asia-Pasifik yang mempunyai ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia."



Kementerian Pembangunan Negara (MND) juga akan melabur $64 juta dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) di bawah program Bandar dalam Alam Semula Jadi dan Kemampanan Lebih Tinggi bagi Bandar Masa Depan, yang bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh bandar.



Encik Lee juga membentangkan usaha menjadikan bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) lebih mampan dengan memanfaatkan teknologi baru di bawah Program Bandar Hijau HDB.



Sebagai contoh, flat HDB baru menggunakan lampu pintar untuk kawasan umum dan sistem menyimpan air hujan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber.



Panel suria juga sedang dipasang di atas blok HDB sedia ada untuk menjana tenaga bagi perkhidmatan seperti lif dan lampu.



Encik Lee berkata pemasangan ini telah dilakukan untuk lebih 2,700 blok daripada lebih 10,000 blok HDB di Singapura, dan pemerintah akan berusaha untuk memasang panel suria di "seberapa banyak mungkin blok HDB".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >