Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 52,000 pekerja belum jalani vaksinasi di S'pura

Dec 27, 2021 | 04:27 PM



SEKITAR 52,000 pekerja di Singapura belum menjalani sebarang vaksinasi Covid-19, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (27 Disember).



Dalam kalangan mereka, MOM menjelaskan 6,700 orang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai risiko sangat tinggi menghidap penyakit teruk atau berdepan dengan kematian berpunca daripada jangkitan Covid-19.



Ia juga mendapati hanya segelintir kecil pekerja yang didapati tidak layak secara perubatan bagi vaksinasi manakala 98 peratus tenaga kerja - yang bekerja sendiri dikecualikan - telah menjalani vaksinasi.



Sehingga 19 Disember, 80 peratus firma telah mencapai vaksinasi lengkap bagi kesemua tenaga kerjanya.



Ini adalah kemajuan yang menggalakkan, kata MOM, kerana ia menandakan jumlah pekerja belum divaksin yang berkurangan daripada 75,000 orang sehingga 5 Disember lalu.



Maklumat terkini ini diperolehi dengan pengumuman Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (26 Disember) bahawa pekerja yang belum lengkap divaksin tidak dibenarkan kembali ke pejabat mulai 15 Januari tahun depan.



Undang-undang ini berkuatkuasa walaupun mereka diuji negatif Covid-19, 24 jam sebelum masuk ke pejabat.



Mereka yang didapati tidak layak secara perubatan divaksin atau sudah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh 80 hari boleh kembali ke pejabat.



Mereka yang belum lengkap divaksin boleh ke pejabat tetapi dengan hasil ujian praacara yang negatif hingga 31 Januari.



Selepas 31 Januari, mereka mestilah lengkap divaksin.



Mulai 1 Januari, 50 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah dibenarkan pulang ke pejabat, jelas MOH pada 14 Disember.



Bekerja dari rumah adalah ketetapan utama sejak September, apabila Singapura mula melaporkan satu lagi peningkatan kes Covid-19.



MOM berkata pada Isnin: "Kami telah melihat kewujudan lebih banyak jangkitan varian Omicron yang mudah menjangkiti, di mana dengan varian Delta, meningkatkan kemungkinan lebih mudah menjangkiti Covid-19 berbanding setahun lalu.



"Pekerja yang belum divaksin, khususnya yang lebih berusia, akan memberikan tekanan pada kapasiti jagaan kesihatan kita dalam beberapa bulan mendatang jika mereka menghidap Covid-19."



Terdapat tempoh tangguh antara 1 Januari dengan 14 Januari di mana pekerja yang belum lengkap divaksin boleh berkunjung ke pejabat jika mereka mempunyai hasil ujian praacara yang negatif.



Namun, mereka mesti membayar kos ujian dan menunjukkan hasilnya kepada majikan mereka apabila melaporkan diri bagi tugas mereka.



MOM berkata: "Sebuah tenaga kerja yang lengkap divaksin akan berupaya beroperasi lebih selamat dan pada risiko lebih rendah buat kehidupan pekerjanya.



"Kita juga harus bersedia mengambil langkah lebih utuh untuk melindungi mereka, yang kerana sebab perubatan, tidak boleh divaksin."



Bagi pekerja yang kekal tidak divaksin, MOM berkata majikan mungkin membenarkan mereka bekerja dari rumah jika urusan sedemikian boleh memenuhi keperluan operasi atau perniagaan mereka.



"Bagaimanapun, memandangkan kebanyakan pekerja yang lengkap divaksin tidak lama lagi pulang ke pejabat secara lebih kerap, ketiadaan berpanjangan pekerja yang belum lengkap divaksin mungkin akan menjejas kelakonan individu serta membawa impak negatif pada kelakonan pasukan atau pertubuhan," jelas MOM.



Mulai 15 Januari, pekerja yang perlu berada di lokasi kerja tetapi belum divaksin boleh dikerahkan ke tugasan sesuai yang boleh dibuat di rumah, katanya.



Mereka juga boleh diberi cuti tanpa gaji berdasarkan perjanjian yang dibuat bersama. Sebagai pilihan terakhir, pekerjaan mereka boleh dihentikan dengan notis mengikut kontrak mereka.



Pemberhentian sebegitu tidak dianggap tidak wajar kerana ia adalah disebabkan ketidakupayaan pekerja berada di tempat kerja untuk melakukan tugasan kontrak mereka.



"Dengan tidak hadir ke pejabat, pekerja yang tidak divaksin akan dilindungi daripada terdedah pada ancaman virus," tambah MOM.



Bagi mereka yang tidak layak menerima vaksin secara perubatan, MOM menambah majikan harus mempertimbangkan langkah bagi melindungi mereka walaupun mereka dibenarkan bekerja di lokasi kerja.



Ini termasuk membenarkan mereka bekerja dari rumah jika mereka boleh atau menugaskan mereka ke bidang tugas yang boleh dijalankan dari jarak jauh.



MOM berkata: "Rakan kerjasama tiga pihak menggesa baki 20 peratus majikan agar membuat usaha berterusan untuk mendapatkan pekerja yang belum divaksin agar menjalaninya secepat mungkin."



Ia menambah firma berkenaan harus menyokong dengan memberikan masa pelepasan bergaji buat pekerja menjalani vaksinasi mereka dan cuti sakit bergaji tambahan jika pekerja mengalami kesan reaksi yang teruk daripada vaksinasinya.



"Rakan kerjasama tiga pihak juga ingin menggesa baki 2 peratus pekerja yang belum divaksin agar menjalani vaksinasi secepat mungkin bagi melindungi kesejahteraan  mereka dan mengelakkan daripada sebarang impak pada pekerjaan dan kehidupan mereka," kata MOM.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >