Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 52,000 pekerja belum terima vaksin Covid-19: MOM

Seramai 6,700 yang belum divaksin berusia 60 tahun dan ke atas, berisiko tinggi alami sakit teruk atau mati jika dijangkiti virus
Dec 28, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 52,000 pekerja di Singapura belum lagi menerima vaksin Covid-19 mereka, dan hanya sebilangan kecil tidak layak bagi vaksinasi atas sebab perubatan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menyusuli nasihat mengenai vaksinasi Covid-19 di tempat kerja yang dikemas kini, MOM berkata sekitar 6,700 yang belum divaksin itu berusia 60 tahun dan ke atas, dan berisiko tinggi mengalami penyakit teruk atau kematian jika dijangkiti virus itu.



Sehingga 19 Disember lalu, 80 peratus syarikat di sini telah mencapai tahap perlindungan vaksin sepenuhnya bagi tenaga kerja mereka.



Ini bermakna 98 peratus tenaga kerja keseluruhan di Singapura, tidak termasuk individu bekerja sendiri, telah menerima vaksinasi mereka.



"Rakan tiga pihak ingin menggesa baki 2 peratus kakitangan yang belum divaksin supaya mendapatkan vaksinasi mereka secepat mungkin demi melindungi kesejahteraan mereka dan mengelakkan sebarang kesan terhadap pekerjaan dan mata pencarian mereka.



"Pekerja boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang menyertai (program vaksinasi) untuk mendapatkan vaksinasi tanpa perlu membuat janji temu," kata MOM dalam nasihat itu.



MOM berkongsi perangkaan terkini itu menyusuli pengumuman pekerja yang belum divaksin tidak dibenarkan kembali ke tempat kerja mereka mulai 15 Januari ini, meskipun jika diuji negatif bagi Covid-19 24 jam sebelumnya.



Langkah itu bertujuan memperkukuh perlindungan Singapura terhadap gelombang besar kes Omicron setempat dan memastikan tempat kerja selamat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya kelmarin.



Mulai Sabtu ini, hanya pekerja yang sudah divaksin sepenuhnya atau telah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh 180 hari lalu boleh kembali ke tempat kerja.



Namun, MOM dalam nasihatnya berkata pertimbangan khas akan diberikan kepada individu yang disahkan tidak layak bagi vaksinasi Covid-19 atas sebab perubatan.



Meskipun golongan itu dibenarkan kembali ke tempat kerja, majikan harus mempertimbangkan beberapa langkah.



Ini termasuk membenarkan kakitangan itu bekerja dari rumah jika mereka boleh berbuat demikian dan memastikan ketiadaan mereka di tempat kerja tidak menjejas penilaian prestasi kerja mereka.



Jika tidak, kakitangan itu harus dikerahkan semula untuk menjalankan tugas yang boleh dibuat dari rumah jika pekerjaan sedemikian sedia ada, dengan gaji setimpal dengan tanggungjawab pekerjaan alternatif yang diberi.



Pada Oktober lalu, pemerintah berkata individu belum divaksin akan diberi konsesi untuk kembali ke tempat kerja jika mereka diuji negatif bagi ujian praacara (PET) yang dilakukan penyedia ujian diluluskan MOH.



Namun, MOH dalam kenyataannya kelmarin berkata pihak berkuasa telah menyemak konsesi PET itu bersama rakan tiga pihak, terdiri daripada MOM, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), dan memutuskan untuk menarik baliknya mulai 15 Januari ini.



Dengan langkah ditarik balik itu, pekerja yang belum divaksin sepenuhnya - mereka yang sudah mengambil sekurang-kurangnya satu dos vaksin tetapi belum divaksin sepenuhnya - akan diberi tempoh sehingga 31 Januari ini untuk selesai menjalani vaksinasi penuh.



Semasa tempoh itu, mereka boleh kembali ke tempat kerja dengan keputusan ujian PET negatif.



Antara 1 dengan 15 Januari ini, pekerja belum divaksin, termasuk mereka yang belum divaksin sepenuhnya, perlu membayar ujian PET sendiri untuk kembali ke tempat kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >