Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB tawar 5,400 flat BTO pada Mei; Hingga 6,200 flat ditawar pada Ogos

Apr 28, 2023 | 05:32 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sekitar 5,400 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar / estet seperti Bedok, Kallang Whampoa, Serangoon, dan Tengah pada Mei.



Pada Ogos, HDB akan menawarkan antara 5,200 dengan 6,200 flat di bandar / estet seperti Bukit Merah, Choa Chu Kang, Kallang Whampoa, Queenstown, dan Tengah.

Angka-angka tersebut berdasarkan penilaian sedang lebih banyak butiran projek akan diperkukuh menjelang tarikh pelancaran.



HDB akan terus memantau permintaan perumahan dan bersedia melancarkan sehingga sejumlah 100,000 flat dari 2021 hingga 2025.



Satu kenyataan HDB pada Jumaat menyatakan bahawa Indeks Harga HDB (RPI) bagi suku pertama 2023 adalah 173.6 – kenaikan sebanyak satu peratus berbanding suku keempat 2022.



Ini kurang daripada separuh kenaikan sebanyak 2.3 peratus yang dicatat pada suku keempat 2022, dan adalah kenaikan suku paling sedikit berbanding 10 suku terakhir.



Transaksi jualan semula bagi suku pertama 2023 naik sehingga 5.8 peratus (382), daripada 6,597 kes pada suku keempat 2022 kepada 6,979 kes.



Berbanding suku pertama 2022, transaksi jualan semula pada suku pertama 2023 adalah 0.6 peratus lebih tingi.



Sementara itu, jumlah permohonan yang diluluskan untuk menyewa flat-flat HDB naik sehingga 13.9 peratus (1,181) daripada 8,476 kes pada suku keempat 2022 kepada 9,657 kes pada suku pertama 2023.



Berbanding dengan suku pertama 2022, bilangan permohonan yang diluluskan pada suku pertama 2023 adalah 5.2 peratus lebih rendah.



Sehingga akhir suku pertama 2023, terdapat 56,652 flat HDB yang disewa, serupa dengan 56,647 unit pada suku sebelumnya.



Secara keseluruhannya, harga flat HDB seolah-olah menunjukkan tanda kian menyejukkan, dengan harga jualan semula naik pada kadar satu peratus dalam tiga bulan pertama 2023, menandakan kenaikan suku paling kecil dalam 10 suku terakhir atau 2.5 tahun.



Sejak 30 September 2022, pemilik rumah privet perlu menunggu 15 bulan selepas penjualan rumah mereka sebelum mereka boleh membeli flat jualan semula tanpa geran perumahan.



Langkah penyejukan sementara itu yang bertujuan menyesuaikan permintaan daripada pemilik rumah privet yang biasanya mempunyai bajet lebih besar bagi flat-flat HDB, diperkenalkan selepas pasaran menunjukkan tanda-tanda pemanasan yang melampau.



Dari segi harga jualan semula, Bishan melaporkan harga median tertinggi pada kadar $900,000 bagi flat-flat lima bilik, sedang harga median tertinggi bagi flat-flat empat bilik di Queenstown adalah $864,000.



Bagi flat-flat tiga bilik, Punggol dan Central mencatatkan harga median tertinggi pada $450,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >