Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 70 keluarga dalam Skim Perumahan Permulaan Baru sejak pelancaran: Lawrence Wong

Dec 15, 2018 | 02:45 PM



SEKITAR 70 keluarga telah disenaraikan di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru atau Fresh Start pemerintah dalam tempoh dua tahun sejak ia dilancarkan.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, berkata demikian dalam satu kiriman di Facebook malam semalam (14 Dis), sambil menambah bahawa lima keluarga telah mengambil kunci bagi flat mereka.



"Saya gembira yang skim ini membantu keluarga pembeli kali kedua berpindah dari flat sewa awam ke flat sendiri," kata Encik Wong yang juga Menteri Kedua Kewangan.



Disember lalu, dilaporkan 56 keluarga telah disenaraikan di bawah skim itu, dan 33 berjaya dalam permohonan mereka.



Skim itu, yang dilancarkan pada Disember 2016, bertujuan membantu keluarga dengan sekurang-kurangnya seorang anak bawah usia 16 tahun yang tinggal dalam flat sewa awam untuk membeli flat Flexi dua bilik mereka sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >