SEKITAR 7,000 pekerjaan muncul daripada program bekerja dan berlatih tahun lalu, yang menjamin pekerjaan bagi pekerja sebelum mereka menjalani latihan, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.
Pekerjaan itu muncul menerusi Program Penukaran Profesional (PCP) dan program bekerja sambil belajar yang disokong oleh Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SkillsFuture Singapura (SSG).