Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Bekas pelajar RI giat dampingi warga emas hidup terpencil di flat sewa

Anjur bengkel digital, beri makan kepada 100 warga emas setiap hari semasa Ramadan
Apr 25, 2022 | 05:30 AM



MENYINGSING lengan sebagai sukarelawan sejak di Darjah Empat lagi, Encik Mikail Firas Abdul Jabbar, kini 19 tahun, terkesan melihat nasib warga emas yang hidup terpencil dan sebatang kara di flat sewa.



Bekas pelajar Sekolah Rendah Anglo Chinese dan Institusi Raffles (RI) itu lebih menyedari isu yang dihadapi warga emas semasa meluangkan masa setiap minggu sebagai sukarelawan di pusat kegiatan warga emas Care Corner Singapore sejak 2019 bersama adiknya Falisha Dina Abdul Jabbar, seorang pelajar Sekolah Perempuan Raffles (RGS).



Encik Mikail bertekad meneruskan kerja sukarelawan itu meskipun setelah tamat sekolah dan kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Beliau mengusahakan pelbagai inisiatif untuk warga emas di pusat di Toa Payoh itu menerusi program dampingan, bengkel digital dan memberi makan kepada 100 warga emas setiap hari pada Ramadan ini.



"Saya rasa banyak lagi yang saya boleh sumbangkan kepada masyarakat," ujar Encik Mikail.



Lebih penting lagi, Encik Mikail ingin memastikan bantuan yang diberikan kepada warga emas dapat bertahan.



"Setelah melakukan kerja sukarelawan dengan warga emas sejak kecil lagi, saya rasa kegiatan ini hanya mampu membawa kegembiraan jangka pendek sahaja kepada warga emas ini.



"Oleh itu, saya mahu memulakan kegiatan yang membekalkan warga emas ini dengan kemahiran atau maklumat yang mereka perlukan agar mereka dapat terus meraih kepuasan dalam kehidupan tanpa memerlukan sukarelawan selalu di sisi mereka," ujar Encik Mikail.



Baru-baru ini, beliau menubuhkan kumpulan kebajikan sukarelawan yang dikenali sebagai 'A Greater Society' yang bertujuan menangani isu pemencilan dalam kalangan warga emas.



Dengan adanya kumpulan itu, Encik Mikail juga berhasrat mengembangkan lagi usaha tersebut dan mendekati lebih ramai sukarelawan dan rakan kerja untuk terlibat sama.



Untuk Ramadan ini, beliau menggembleng tenaga mengumpul lebih $15,000 bagi menyediakan hidangan sahur dan berbuka bagi 100 warga emas setiap hari.



Kumpulan itu juga menganjurkan sesi mendampingi warga emas secara dalam talian dua kali seminggu, di mana sukarelawan mengajak warga emas untuk berbual dan mengongsi perkembangan tentang kehidupan mereka.



Encik Mikail berharap sesi pertemuan secara fizikal boleh diadakan kembali tidak lama lagi.



Beliau juga merancang untuk mengadakan bengkel klinik digital, inisiatif yang dimulakannya tahun lalu.



Bekerjasama dengan Pusat Masyarakat dan syarikat telko, Encik Mikail mendapatkan telefon dan pelan telefon pada harga subsidi untuk warga emas.



Bersama sukarelawan lain, mereka membantu warga emas untuk menggunakan telefon bimbit di sesi klinik digital itu.



"Program ini membawa banyak kegembiraan kepada warga emas dan sukarelawan apabila usaha mereka itu memberi kesan jangka panjang yang nyata kepada warga emas.



"Satu perkara yang telah saya pelajari adalah ia tidak memerlukan satu usaha besar untuk meninggalkan kesan yang bermakna dalam kehidupan orang lain," ujar Encik Mikail, yang turut berkhidmat sebagai sukarelawan bersama Anggota Parlimennya, Cik Sim Ann (GRC Holland-Bukit Timah) di Sesi Bertemu Rakyat.



Memberi contoh, beliau mengimbas pengalamannya mengajar seorang warga emas Muslim untuk menempah tempat solat di masjid.



Sejak itu, warga emas itu telah berupaya untuk membuat tempahan sendiri dan kemudian mengajar kawannya yang lain pula untuk membuat tempahan, kata Encik Mikail.



Kumpulan 'A Greater Society' kini mempunyai seramai 40 sukarelawan dan mereka merancang untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan dengan mendekati lebih banyak sekolah dan bergabung tenaga dengan pihak lain dalam masyarakat.



Usaha untuk mengumpul dana bagi menyediakan makan bagi warga emas kini masih berlangsung dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya di laman https://www.giving.sg/campaigns/sponsored_meals_for_low_income_seniors.




"Setelah melakukan kerja sukarelawan dengan warga emas sejak kecil lagi, saya rasa kegiatan ini hanya mampu membawa kegembiraan jangka pendek sahaja kepada warga emas ini.



Oleh itu, saya mahu memulakan kegiatan yang membekalkan warga emas ini dengan kemahiran atau maklumat yang mereka perlukan agar mereka dapat terus meraih kepuasan dalam kehidupan tanpa memerlukan sukarelawan selalu di sisi mereka.''



- Encik Mikail Firas Abdul Jabbar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >