Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah akan agih token TraceTogether kepada pelajar

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



SEKOLAH-SEKOLAH akan mula mengagihkan token TraceTogether (TT) kepada para pelajar agar mereka boleh turut mengambil bahagian dalam program menjejak kontak nasional.



Menteri Bertanggungjawab Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan berkata langkah ini akan saling melengkapi usaha mengagihkan token di kelab-kelab masyarakat setempat.



Pemerintah merancang mengagihkan 5 juta token menjelang akhir Februari tahun depan.



Menjelaskan lebih lanjut selepas lawatan ke Kelab Masyarakat Kampong Kembangan semalam, Dr Balakrishnan yang juga Menteri Luar, berkata:



"Kami juga akan mengagihkan token ini menerusi sekolah-sekolah...Anda yang mempunyai anak-anak atau pelajar, jangan bimbang.



"Anda tidak perlu tergesa-gesa ke kelab masyarakat. Anda juga boleh mengambil token di sekolah pada masa depan nanti."



Dalam satu kenyataan semalam, Kumpulan Negara Bijak dan Digital Pemerintah (SNDGG) berkata lebih banyak butiran akan diberikan nanti mengenai pengagihan di sekolah-sekolah.



Ia juga berkata bahawa golongan pelajar tidak perlu mempunyai token mereka apabila sekolah dibuka semula pada tahun depan.



Kenyataan itu menambah, ia akan mengedarkan token secara langsung kepada pelajar di sekolah-sekolah bagi memastikan setiap orang memiliki token, sebelum melaksanakan sistem SafeEntry yang menggunakan hanya TraceTogether sahaja.



Token berkenaan telah diedarkan kepada orang awam sejak September di kelab-kelab masyarakat.



Sejak lewat Oktober, token diedarkan di satu kawasan undi pada satu-satu masa, bagi mengelak barisan beratur yang panjang.



"Keutamaan kita sekarang ialah untuk membuka semula kelab masyarakat untuk masyarakat.



"Setelah kita mencapai ini dan bekalan kembali semula, kemudian kita akan memulakan pengagihan di sekolah-sekolah jadi saya tidak mahu meletakkan jangka masa khusus bagi pengagihan di sekolah-sekolah," jawab Dr Balakrishnan apabila ditanya wartawan tentang jangka masa ditetapkan.



Dalam pada itu, beliau juga menekankan lagi bahawa token tersebut tidak diperlukan bagi pengguna telefon bijak, yang sudah memuat turun aplikasi TraceTogether.



Namun, Dr Balakrishnan akur bahawa token itu telah menjadi sesuatu yang agak berguna dan popular bagi ramai orang, makanya, pemerintah memutuskan untuk menghasilkan lebih banyak token.



Menyentuh tentang kepelbagaian dalam rekaan token yang sudah diagihkan sejauh ini, Dr Balakrishnan menjelaskan bahawa meskipun berwajah berbeza, tetapi semua token itu mempunyai fungsi dan peranan yang sama.



Kata beliau, kini terdapat empat rekaan token yang berbeza dan rekaan telah berubah berdasarkan langkah peningkatan yang dilaksanakan terhadap token tersebut.



"Jadi, saya menggesa anda agar mendapatkan salah satu daripadanya..kerana semuanya berfungsi dengan baik," tambah Dr Balakrishnan.




''Kami juga akan mengagihkan token ini menerusi sekolah-sekolah... Anda yang mempunyai anak-anak atau pelajar, jangan bimbang. Anda tidak perlu tergesa-gesa ke kelab masyarakat. Anda juga boleh mengambil token di sekolah pada masa depan nanti.''
- Menteri Bertanggungjawab Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan.




COVID-19 - 23 DIS



Kes baru jangkitan tempatan: 0
- Kes dalam masyarakat: 0
- Kes daripada dormitori: 0



Kes import: 21

- Termasuk 8 warga atau penduduk tetap (PR) Singapura serta 9 pembantu rumah asing



Jumlah kematian: 29
Jumlah kes keseluruhan: 58,482




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >