Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah akan dekati guru bagi fahami keprihatinan mereka

Sep 14, 2018 | 05:30 AM



SEKOLAH Menengah Yusof Ishak (YISS) akan terus mendekati guru-gurunya dalam beberapa bulan mendatang demi memahami keprihatinan dan rancangan mereka, kata pengetua sekolah itu, Cik Maureen Lee.



Ini menyusuli pengumuman bahawa sekolah itu akan berpindah lokasi dari Bukit Batok ke Punggol pada 2021.



"Kami pasti akan mengundang dan menggalakkan mereka meneruskan misi ini dan membina warisan sekolah.



"Namun, kami faham mungkin terdapat segelintir kakitangan yang prihatin dengan jarak (ke sekolah baru di Punggol).



"Mereka akan diberi pilihan untuk dikerahkan semula, melihat sekolah lain yang menjadi pilihan mereka atau berpindah ke ibu pejabat kementerian," kata beliau.



Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataannya semalam, YISS akan berpindah ke Punggol kerana buat masa ini, sekolah itu terletak di sebuah kawasan di Bukit Batok yang mengalami permintaan tempat sekolah yang merosot.



Sekolah tersebut ditubuhkan pada 1965 sebagai Sekolah Menengah Integrasi Jubli sebelum dinamakan semula pada 1966 sempena Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak.



Bilangan pelajar di kampus Bukit Batok kini adalah sekitar 400 orang namun sekolah baru di Punggol itu dijangka menerima sekitar 1,300 pelajar.



Cik Lee berkata, langkah memindahkan lokasi YISS ke Punggol pada 2021 akan membolehkan sekolah itu terus membina kekuatan sejarah dan warisannya, maju ke hadapan secara lebih progresif, dan memberi kesan ke atas lebih ramai belia supaya mereka juga dapat meraih dan memiliki ciri dan watak baik seperti presiden pertama negara ini.



"YISS mempunyai sejarah yang mapan dan warisan yang kaya. Bagi kami, ini sesuatu yang amat kami sayangi dan kami mahu memelihara sejarah dan budaya sekolah ini.



"Dengan memindahkan sekolah ke Punggol, ia satu perkara yang baik bagi kedua-dua sekolah dan pihak berkepentingan kerana kami dapat memelihara warisan dan etos sekolah yang dihargai ini," kata beliau.



Pada 2021, YISS akan beroperasi di dua kampus, dengan kohort pertama menengah satu akan bermula di Punggol manakala kumpulan pelajar menengah empat terakhir di Bukit Batok akan kekal di kampus itu.



Memberi jaminan, Cik Lee berkata kumpulan pelajar yang akan kekal di kampus Bukit Batok itu akan terus dapat meraih pengalaman pembelajaran yang baik dan menyeluruh.



"Lebih banyak masa dan tumpuan boleh diberikan kepada pelajar.



"Kurikulum juga boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan minat pelajar dan kami juga boleh menyediakan lebih banyak peluang agar mereka boleh memperluas keupayaan yang berbeza dan mencapai impian, matlamat dan aspirasi mereka," kata beliau.




“YISS (Sekolah Menengah Yusof Ishak) mempunyai sejarah yang mapan dan warisan yang kaya. Bagi kami, ini sesuatu yang amat kami sayangi dan kami mahu memelihara sejarah dan budaya sekolah ini. Dengan memindahkan sekolah ke Punggol, ia satu perkara yang baik bagi kedua-dua sekolah dan pihak berkepentingan kerana kami dapat memelihara warisan dan etos sekolah yang dihargai ini.’’
– Pengetua YISS, Cik Maureen Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >