Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah akan teruskan program pembelajaran kembara di luar negara

Jul 13, 2015 | 05:01 PM



SEKOLAH-SEKOLAH akan terus menyediakan program pembelajaran kembara bagi pelajar, sama ada di Singapura mahu pun di luar negara.


Ini memandangkan program-program tersebut merupakan wadah-wadah pembelajaran yang berkesan, kata Menteri Pendidikan Heng Swee Keat di Parlimen hari ini, Isnin.


Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan (MOE) akan menubuhkan sebuah panel penasihat yang terdiri daripada kededua pakar setempat dan antarabangsa yang akan membantu meningkatkan lagi mutu dan keselamatan program-program seperti itu.


"Panel ini akan menyediakan MOE dengan saranan-saranan tambahan dalam meningkatkan mutu dan keselamatan pembelajaran pengembaraan luar darjah yang dijalankan di dalam dan luar negara," kata beliau dalam kenyataan menteri menyusuli gempa bumi di Sabah yang mengorbankan 10 orang dari Singapura, termasuk tujuh murid dan dua guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong.


Butir-butir tentang panel tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >