Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah boleh wujud ruang selamat bagi bincang isu perkauman

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH boleh memainkan peranan lebih penting dalam mewujudkan ruang yang selamat bagi membincangkan isu berkaitan dengan perkauman terutama dalam kalangan generasi lebih muda.



Melebihi daripada memahami budaya, adat dan pakaian kaum yang berbeza pada setiap Hari Keharmonian Kaum yang diraikan di sekolah setiap tahun, perbincangan mengenai perkauman boleh dijadikan satu perkara biasa di sekolah untuk memberikan pendedahan yang selamat bagi pelajar bertanyakan soalan dan meraih pemahaman yang bermakna mengenai isu mengenai kaum lain.



Ini merupakan antara saranan para panelis yang mengambil bahagian dalam siri webinar 'Connect' The Straits Times yang membincangkan topik Keharmonian dan Hubungan Kaum, yang diadakan secara dalam talian, semalam.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong berkata sekolah merupakan tempat yang baik untuk mengadakan perbincangan dalam suasana yang terkawal terutama dalam kalangan murid-murid.



"Murid-murid pada usia sedemikian tidak mempunyai sebarang prejudis. Mereka tidak tahu perbezaan warna dan isu perkauman seperti mana yang diketahui seseorang yang lebih dewasa.



"Justeru saya rasa ia merupakan peluang yang baik pada peringkat sedemikian untuk memupuk nilai yang baik dalam diri kanak-kanak," katanya.



Beliau juga menekankan agar tidak mengambil setiap isu yang perlu sesebuah kaum bertolak ansur sebagai satu ketidakadilan yang teruk tetapi secara natijahnya, belajar untuk hidup bersama.



Aktivis akar umbi Encik Hafez Sorouri Zanjani juga menambah bahawa pendedahan penting kerana apabila kanak-kanak terdedah kepada situasi yang agak berbeza, secara naluri, sikap mereka yang ingin tahu akan mendorong mereka bertanyakan soalan.



"Oleh itu, lebih banyak pendedahan yang diterima kanak-kanak, lebih banyak soalan yang akan mereka tanya, dan keadaannya akan bertambah baik lagi.



"Tetapi kita juga perlu mempunyai orang yang sesuai untuk mengajar mereka dan memastikan jawapan yang mereka terima adalah wajar dan pastikan ia sejajar dengan apa yang kita ingin semai dalam diri kanak-kanak menerusi pengalaman sekolah," katanya.



Akur, Setiausaha Agung kumpulan penyokong hash.peace, Encik Leonard Sim juga berkata sekolah perlu mengambil peluang untuk membincangkan isu berkaitan kaum melebihi daripada mengetahui budaya, makanan dan juga pemakaian sesebuah kaum.



"Jika di sekolah anda sedar terdapat insiden di mana seorang pelajar menyatakan sesuatu yang tidak sensitif kepada pelajar, mengapa tidak adakan perbincangan mengenainya semasa Hari Keharmonian Kaum?



"Ajak pelajar lain untuk mengambil bahagian dalam perbincangan itu agar dapat dijadikan satu pelajaran.



"Menerusi cara begini, saya rasa Hari Keharmonian Kaum akan lebih bermakna," katanya.



Hari Keharmonian Kaum disambut setiap tahun pada 21 Julai dan sering diraikan di sekolah-sekolah.



Namun lebih daripada sekadar peranan guru dan pihak sekolah, anggota parlimen dilantik, Dr Shahira Abdullah berkata usaha seluruh masyarakat penting dalam memupuk nilai dan dan membentuk pandangan kanak-kanak mengenai isu perkauman di masa depan.



"Ia bukan sahaja guru. Ibu bapa, tempat kerja dan di mana-mana sahaja.



"Ia memerlukan usaha seluruh masyarakat," katanya.



Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak kecil, editor berita dan digital akhbar Tamil Murasu, Encik Tamilavel berkata memang tugas ibu bapa untuk menjelaskan lebih lanjut kepada anak-anak tentang budaya sesuatu kaum sekiranya anak mereka mula bertanya tentang isu tersebut.



"Anak saya apabila memasuki darjah 1, dia bertanyakan kepada saya mengapa budak lelaki Singh mengenakan serban.



"Saya akan menjelaskan kepadanya, bahawa inilah budaya mereka. Jadi perbincangan sebegini amat penting," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >