Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19

Sekolah darjah 1, tulis buku perkasa orang terjejas Covid-19

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN Cik Ramadhaniah Rahmat hanya mempunyai pendidikan darjah satu di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, beliau tidak jemu berusaha mempertingkat kemahiran menjahit, menulis dan meniaga dalam talian.



Jerih payah membantu ibu bapanya mengendalikan gerai di kantin SATS di Lapangan Terbang Changi pada usia remaja dan menebar perata di kedai makan semuda usia 10 tahun menguatkan semangatnya mengejar impian memperkasa orang lain.



Tukang jahit dan guru menjahit berusia 39 tahun itu enggan membiarkan kesulitan silam dan kecaman orang terhadap dirinya yang tidak berkelulusan menjadi halangan baginya.



Selain aktif menjalankan kerja kemasyarakatan di Singapura dan Johor Bahru memberi motivasi buat penagih dadah yang menjalani pemulihan, ibu dua anak berusia 10 dan 15 tahun ini menulis untuk lebih mendekati golongan memerlukan dengan kata-kata perangsang.



Dalam pandemik Covid-19 ini, beliau meluangkan masa menghasilkan buku motivasi Rezeki Yang Tak Diduga dalam versi elektronik dan cetakan di bawah laman Lulu.Com, sebagai sumber galakan bagi mereka yang tersepit rezekinya dek pandemik itu.



Ketika dihubungi, Cik Ramadhaniah, yang telah menetap di Johor Bahru selama 11 tahun tetapi pulang ke Singapura untuk bersama keluarga sewaktu pandemik ini, berkata:



"Saya tidak dapat melanjutkan pelajaran saya melepasi darjah satu pada waktu itu kerana kesulitan status kerakyatan.



"Saya satu-satunya dalam keluarga lima beradik dilahirkan di Indonesia. Ibu memang asal Indonesia sementara ayah orang Singapura.



"Hanya pada usia 16 tahun saya mendapat kad pengenalan Singapura dan mula mengambil kursus bahasa Inggeris dan belajar malam di sekolah swasta.



"Namun, arwah ibu pernah berkata saya terang hati dan cepat membaca, menulis dan menyerap ilmu baru. Bahkan pada usia 13 tahun, saya belajar menjahit dengan sokongan kewangan ibu bapa.



"Apa sahaja kursus bermanfaat saya sertai sebab ingin bantu diri dan orang lain.



"Nikmat terbesar apabila pada usia remaja, saya dapat mengambil tempahan menjahit dan raih pendapatan hingga $2,000 pada musim Lebaran. Ada pelanggan tetap tempah 10 baju sekali gus."



Sepanjang menjadi guru jahit kepada individu berbilang kaum, beliau selalu menekankan kepentingan menggilap kemahiran sepanjang hayat dan merebut peluang mempelajari ilmu baru agar kekal relevan.



"Sewaktu saya dikuarantin setelah pulang ke Singapura tahun lalu, tempoh 14 hari jalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dihabiskan dengan menimba ilmu selok-belok menerbitkan buku.



"Buku ini diharap dapat berikan semangat baru buat mereka yang rasa tiada jalan keluar dan tersekat rezekinya. Keyakinan diri, kesabaran dan kesyukuran antara kunci utama," ujarnya.



Mereka yang ingin mendapatkan buku Rezeki Yang Tak Diduga boleh kirim pesanan kepada Cik Ramadhaniah menerusi Facebook 'Ramadhaniah N Rizal'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >