KORONAVIRUS
Sekolah dibuka semula dengan keselamatan kesihatan tegas
Ye Kung: Perintah LOA, Notis Jangan Keluar Rumah, langkah waspada berjalan dengan baik agar pelajar belajar dalam sekitaran biasa
Mar 24, 2020 | 05:30 AM
SEKOLAH dan tadika dibuka mengikut jadual semalam setelah tutup seminggu bagi cuti Mac.
Namun, di tengah-tengah penularan koronavirus Covid-19, langkah lebih ketat diambil, termasuk Cuti Ketidakhadiran (LOA) selama 14 hari yang dikenakan ke atas mereka yang pulang dari luar negara semasa cuti sekolah.