Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah ditutup akibat jerebu di paras bahaya

Sep 25, 2015 | 05:31 AM



SEMUA sekolah rendah dan menengah ditutup hari ini ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk di paras bahaya.


Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan sekolah-sekolah khas juga ditutup manakala peperiksaan praktikal GCE peringkat 'O' yang dijadualkan hari ini pula ditangguhkan kepada 29 September.


Pembelajaran digantung di semua madrasah sepenuh masa dan tadika masjid.


Namun, madrasah dan tadika masjid tetap dibuka bagi membolehkan ibu bapa yang tidak mempunyai penjagaan alternatif, menghantar anak mereka ke sekolah bagi pengawasan guru.


Mutu udara di Singapura mencapai paras bahaya semalam apabila jerebu tebal dari hutan yang dibakar di Sumatera, Indonesia, menyelubungi negara ini.


Sehingga 8 malam, Indeks Piawai Pencemaran (PSI) tiga jam mencapai 317, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).


NEA menambah keadaan berjerebu itu dijangka berterusan, malah memburukkan lagi mutu udara kerana angin diramalkan ditiup dari arah selatan tenggara atau selatan barat daya.


Ekoran itu, NEA menasihatkan warga tua, wanita mengandung dan kanak-kanak agar mengurangkan aktiviti luar rumah manakala mereka yang menghidapi sakit jantung atau penyakit paru-paru kronik, diingatkan supaya mengelak daripada melakukan sebarang kegiatan luar.


Bacaan PSI dalam lingkungan 201 hingga 300 adalah 'sangat tidak sihat' manakala 300 ke atas, di paras bahaya.


Dalam pada itu, masyarakat Islam di Singapura telah menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan yang berjaga-jaga ekoran jerebu tebal.


Ramai yang kelihatan menggunakan pelitup dan mengelak kegiatan luar yang berpanjangan.


Namun, ia tetap tidak mematahkan semangat masyarakat Islam menyambut hari yang penuh bermakna itu.


Antara mereka ialah Cik Nadirah Roslan, yang telah bersolat Aidiladha bersama keluarga di Masjid Ar-Raudhah.


"Kali ini bila kami keluar, kami pastikan sentiasa memakai dan simpan pelitup muka terutama apabila berada di luar kawasan masjid.


"Namun, kalau setiap tahun pihak masjid ada memasak nasi beriani daging korban bagi jemaah, tahun ini tiada. Kata mereka sebabnya ialah khuatir asap masakan nanti akan memburukkan jerebu," jelasnya yang menetap di Jurong.


Bagi Encik Muhammad Shahreen Tajri pula, sambutan Hari Raya Haji tahun ini terpaksa diubahsuaikan.


Beliau yang menetap di Bedok lazimnya akan bersolat di stadium terbuka di Serangoon bersama keluarganya namun kali ini, beliau memilih lokasi lebih dekat dengan rumahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >