KORONAVIRUS
Sekolah gantung beberapa kegiatan libatkan ramai pelajar
Langkah mulai hari ini termasuk perhimpunan sekolah, kem, waktu makan demi lindungi pelajar dari jangkitan
Feb 05, 2020 | 05:30 AM
SEKOLAH di sini akan menggantung kegiatan melibatkan ramai pelajar seperti perhimpunan sekolah dan kem serta mengatur waktu makan pelajar demi melindungi pelajar dan kakitangan daripada penularan wabak koronavirus.
Ini adalah langkah berjaga-jaga yang dipertingkat yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah mulai hari ini.