Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah, guru lebih sedia hadapi belajar di rumah: Maliki

May 19, 2021 | 05:30 AM



PENGAJARAN dan pengalaman yang diperolehi semasa tempoh pembelajaran di rumah (HBL) tahun lalu bermakna sekolah serta guru-guru lebih bersedia menghadapinya sekali lagi mulai hari ini.



Sekolah dan guru juga akan memastikan semua pelajar diberi sokongan sepenuhnya untuk tempoh itu, menurut Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman.



Ini termasuk menyemak senarai pelajar yang memerlukan alat komputer atau Internet bagi tujuan pembelajaran, katanya lagi.



Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata: "Kita bersedia menghadapi perubahan ini, dengan pengajaran yang diperolehi dari HBL tahun lalu."



Tambahnya, guru-guru juga telah mempersiapkan bahan-bahan untuk mengajar menerusi wadah dalam talian.



"Mereka juga akan sering meninjau keadaan pelajar yang memerlukan pertolongan selain daripada pembelajaran harian mereka," jelasnya menerusi catatan di Facebook semalam.



Semua sekolah rendah dan menengah serta maktab rendah dan Institut Millennia akan beralih sepenuhnya ke pembelajaran di rumah mulai hari ini hingga akhir penggal persekolahan pada 28 Mei sedang Singapura menyaksikan lonjakan dalam kes Covid-19.



Para pelajar dari sekolah pendidikan khas juga perlu beralih ke HBL.



Cuti sekolah Jun akan berlangsung selepas tarikh tersebut.



Prasekolah dan pusat penjagaan pelajar bagaimanapun akan tetap dibuka untuk menyokong ibu bapa yang perlu bekerja di luar.



Sementara itu semua kelas tuisyen dan kelas pengayaan akan beralih dalam talian hingga akhir tempoh tersebut.



Ini merupakan sebahagian daripada usaha mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.



Tambahnya: "Kepada semua pelajar, nikmati pembelajaran anda, pastikan anda kekal selamat dan jika anda perlukan bantuan atau sokongan, anda boleh dekati sekolah anda."



Dr Maliki juga menyampaikan penghargaannya kepada sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan keselamatan semua pihak.



Selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengenai langkah lebih ketat bagi mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat itu juga, madrasah sepenuh masa dan kelas agama di masjid akan beralih ke HBL mulai hari ini.



Namun, madrasah akan terus dibuka bagi sekumpulan kecil pelajar yang ibu bapa mereka tidak dapat membuat aturan jagaan kanak-kanak alternatif, terutama yang bertugas dalam perkhidmatan penting, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya sebelum ini.



Dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) yang diadakan semalam, Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing berkata, bilangan peningkatan mendadak kes jangkitan dalam masyarakat sejak beberapa hari lalu menjadikannya satu keperluan untuk mengurangkan dengan ketara pergerakan serta interaksi antara individu.



Encik Chan berkata, kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 di sini menunjukkan simptom ringan dan tidak sakit serius, namun keadaannya tetap membimbangkan.



Ini kerana jenis baru koronavirus itu lebih berbahaya dan nampaknya menyerang kanak-kanak yang lebih kecil, tambahnya.



Beliau juga mengingatkan agar kelas-kelas tuisyen dan pengayaan patut beralih ke dalam talian sehingga berakhir fasa kedua yang dipertingkat kini, untuk mengelak daripada pergaulan antara individu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >