Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERANG MELAWAN KENCING MANIS

Sekolah jagaan metabolik dan kencing manis dibentuk NHG 'bantu' didik pesakit

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



PENYAKIT kencing manis adalah keadaan kesihatan kronik yang rumit dan pesakit yang disahkan menghidapinya perlu mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru untuk menguruskannya dengan baik.



Selain memberi ubat mengawal kencing manis, turut penting dalam pengurusan diabetes adalah sokongan dan pendidikan pesakit yang berkesan.



Tetapi memberi sokongan dan pendidikan sedemikian boleh menjadi mencabar disebabkan oleh kekangan masa, sumber dan keperluan memenuhi faktor pesakit yang berbeza seperti bahasa, perbezaan budaya dan cara pembelajaran.



Bagi menangani cabaran-cabaran itu, Sekolah Penjagaan Metabolik dan Kencing Manis (DM) National Healthcare Group (NHG) ditubuhkan sebagai wadah untuk menyatukan dan menyelaraskan bahan pendidikan merentas kelompok penjagaan kesihatan itu, kata penolong jururawat klinisian di Hospital Khoo Teck Puat, Cik Mariana Mahadi, dalam satu wawancara baru-baru ini.



Sekolah DM yang ditubuhkan pada Januari tahun lalu itu dipaparkan dalam Kongres Bioperubatan dan Kesihatan Singapura 2022 baru-baru ini.



Ia menawarkan pesakit diabetes dan penjaga mereka pendidikan berasaskan bukti yang mudah diakses untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam kencing manis, menerapkan perubahan tingkah laku dan memperkasa mereka dalam penjagaan diri untuk memperbaiki hasil kesihatan.



Beberapa program ditawarkan di bawah sekolah tersebut seperti Projek Sekolah Diabetes (DSP) dan program Pendidikan dan Pemerkasaan Kumpulan (GEM).



DSP dibangunkan untuk pesakit kencing manis jenis 1 dan 2 di bawah terapi insulin dalam konteks Asia tempatan.



Program pembelajaran dalam talian dan buku elektronik sedang dibangunkan untuk peserta program tersebut.



Pembelajaran berasaskan senario dan strategi interaktif termasuk permainan juga digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pesakit.



Pesakit diberi tempoh satu tahun untuk menyelesaikan program dalam talian DSP dan keadaan mereka dipantau selama 24 bulan menerusi ujian darah dan soal selidik.



Hingga Jun lalu, seramai 108 pesakit telah menyertai DSP.



"Matlamat kami adalah untuk pesakit melihat peningkatan dalam aspek klinikal Soal Selidik Pengurusan Diri Diabetes mereka dan juga paras gula dalam darah mereka selepas selesai mengikuti program itu," kata Cik Mariana.



Program GEM pula adalah sebuah program pendidikan berkumpulan yang bertujuan membantu pesakit mengubah pengetahuan menjadi tindakan dan untuk memberi mereka sokongan motivasi menerusi penglibatan ahli keluarga mereka, rakan-rakan dan jurulatih kesihatan.



Ia sesuai untuk pesakit yang baru disahkan menghidap kencing manis jenis 2 atau telah menghidapinya selama beberpa tahun tetapi belum pernah mengikuti sebarang pendidikan diabetes berstruktur.



"Bagi memenuhi keperluan yang pelbagai dan menangani beberapa perbezaan budaya dalam kalangan pesakit kami yang menghidap diabetes jenis 2, program ini ditawarkan dalam bahasa berbeza iaitu Inggeris, Mandarin dan Melayu.



"Kami juga mempunyai program yang dihasilkan untuk membantu pesakit Muslim berpuasa dengan selamat sepanjang Ramadan. Kami juga menganjurkan sesi GEM maya yang mendapat sambutan dalam kalangan pesakit yang bekerja," kata Cik Mariana.



Memberi contoh, beliau berkata program GEM-Ramadan dilakarkan dengan bantuan jururawat dan pakar pemakanan Muslim dan dengan rundingan bersama pemimpin agama Muslim bagi menangani salah faham tentang kencing manis dan berpuasa.



Ini termasuk penggunaan insulin atau ubat lain semasa berpuasa, cara berpuasa dengan selamat tanpa mengalami masalah glukosa darah tinggi atau rendah, mencucuk jari untuk memantau glukosa darah ketika berpuasa, dan sama ada pesakit perlu berbuka puasa jika mengalami glukosa darah rendah.



"Pesakit juga diberi kurma untuk dimakan dan mereka memantau glukosa darah mereka untuk mengalami, di bawah pengawasan, bagaimana bilangan, saiz dan jenis kurma boleh mempengaruhi tahap glukosa darah mereka," kata Cik Mariana.



Di bawah program GEM, pesakit didampingi selama tiga bulan.



Program itu ditawarkan di Pusat Perubatan Admiralty, Poliklinik NHG dan Hospital Tan Tock Seng, dan terdiri daripada satu sesi fizikal atau tiga sesi dalam talian.



Sejak diperkenalkan Mac lalu, 11 pusingan program GEM telah dijalankan dan dihadiri 108 pesakit.



"Data sementara menunjukkan bahawa peserta telah meningkatkan kecelikan diabetes mereka, serta kesejahteraan mental dan tingkah laku penjagaan diri berkaitan pemakanan mereka," kata Cik Mariana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >