Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Sekolah kedua bagi pelajar berbilang kurang upaya akan dibina di barat Singapura

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan bekerjasama dengan Perikatan Palsi Serebrum Singapura untuk menubuhkan sekolah kedua di bahagian barat negara ini bagi pelajar yang mempunyai pelbagai kurang keupayaan.



Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pemerintah untuk merancang lebih awal dan meningkatkan kapasiti Sekolah Pendidikan Khas (Sped), kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Sun Xueling, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya semalam.



Cik Sun berkata pelajar dengan pelbagai kurang keupayaan itu mempunyai keperluan rumit yang boleh menjejas pembelajaran dan mobiliti mereka, dan juga mungkin menghadapi cabaran perubatan.



"Keluarga boleh menanti-nantikan sokongan kukuh bagi pembangunan menyeluruh anak mereka dengan pendidik Sped, karyawan bersekutu dan ibu bapa bekerja rapat bersama," kata beliau.



Dalam pada itu, Cik Sun berkata pemerintah akan memperkukuh kerjasama dengan ibu bapa melalui Masyarakat dan Ibu Bapa yang Menyokong Sekolah (Compass), dengan majlis Compass telah memulakan usaha menyokong ibu bapa sedang pemerintah terus menggalak takrif kejayaan yang lebih luas.



Misalnya, Compass telah menganjurkan siri sesi Facebook Live untuk mewujudkan kesedaran tentang laluan kecemerlangan yang berbeza.



Memberi maklumat terkini tentang program Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift) pula, Menteri Kedua (Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata inisiatif Penyediaan Sumber Sekolah yang Ditingkatkan Uplift akan diperluaskan kepada sekitar 100 sekolah dalam beberapa tahun mendatang untuk menyokong sekitar 13,000 pelajar.



Inisiatif itu menyediakan sekolah dengan tenaga kerja tambahan, bimbingan dan sumber pengajaran untuk membantu pelajar dengan keperluan lebih tinggi secara lebih berkesan.



Antara lain, Rangkaian Masyarakat Uplift, yang dirintis pada 2020, akan diperluas, dengan ia telah dilancarkan di lapan bandar baru tahun ini.



Apabila dilancarkan di seluruh negara kelak, sekitar 1,800 pelajar dan keluarga mereka akan disokong rangkaian itu setiap tahun, kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >