Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN TRAGEDI DI SEKOLAH TINGGI RIVER VALLEY

Sekolah perlu lebih sokongan bagi bantu pelajar punya masalah kesihatan mental

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH memerlukan lebih banyak sumber dan sokongan untuk menolong pelajar yang menghadapi masalah kesihatan mental, kata Presiden Halimah Yacob.



Salah satu caranya ialah melalui kerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial yang dapat membantu menjalankan program mendidik pelajar mengenai kesejahteraan mental.



Beberapa institut pengajian tinggi juga menyertakan program tentang kesihatan mental untuk menyokong pelajar mereka dan ini boleh dikongsi dengan sekolah.



Pengalaman negara lain yang mempunyai sistem sokongan yang lebih maju juga boleh dikaji.



Kiriman itu dibuat selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa membunuh seorang pelajar berumur 13 tahun di Sekolah Tinggi River Valley Isnin lalu.



Mahkamah diberitahu bahawa remaja berusia 16 tahun itu telah dirujuk ke Institut Kesihatan Mental (IMH) dua tahun lalu selepas cuba membunuh diri.



"Perlukah tragedi seperti ini untuk membuat kita berfikir secara mendalam sekali lagi tentang kesihatan mental golongan muda kita. Kebanyakan anak-anak kita dapat mengatasinya, berdaya tahan dan akan membesar dengan baik. Tetapi tidak semua anak-anak sama. Ada yang memerlukan lebih banyak pertolongan dan bukan hanya daripada sekolah tetapi daripada semua orang," kata Puan Halimah, menulis di Facebook.



Menambah, Puan Halimah berkata kesan penyakit mental yang bermula pada usia sangat muda biasanya jauh lebih teruk berbanding seseorang yang mengalaminya pada umur lebih lanjut.



"Percubaan membunuh diri adalah jeritan meminta tolong. Kita tidak tahu butiran lengkapnya terutama sama ada dia terus mendapatkan bantuan psikiatri atau ubat untuk menangani kesihatan mentalnya selepas episod itu.



"Kita juga tidak tahu sama ada ia disebabkan oleh sekolah atau ada faktor lain yang menjejasnya kerana punca gangguan mental ada banyak dan kadang kala ada lebih daripada satu faktor yang memain peranan.



"Kita bagaimanapun tahu bahawa ibu bapa, sekolah dan masyarakat kita tidak dilengkapkan secukupnya untuk menangani situasi ini," kata Puan Halimah.



Bagi ibu bapa, kesukarannya adalah tidak mengetahui sama ada anak itu mungkin melalui fasa pertumbuhan kerana "semua remaja dengan hormon pertumbuhan yang bergelora dalam badan mereka kadang-kadang buat perangai", atau apakah ia disebabkan oleh sesuatu yang jauh lebih mendalam, katanya.



Bagi guru, yang sudah pun terlalu sibuk dengan tugas, adalah tidak mungkin untuk mendalami masalah yang menimpa seorang anak yang akan memerlukan pemantauan, pemerhatian dan pendampingan dekat, kata Puan Halimah, yang menambah ada kaunselor sekolah tetapi mereka mungkin tidak dilatih dengan baik tentang masalah yang menjejas kesihatan mental.



Beliau juga berkata masyarakat meletakkan jangkaan tinggi ke atas golongan muda, terutama pada mereka yang kelihatan berprestasi baik secara akademik.



"Ibu bapa membuat perbandingan sepanjang masa. Kita sering mengatakan bahawa anak yang sihat dan membesar dengan baik adalah lebih baik daripada anak yang bermasalah yang kelihatan mencapai semua A tetapi menderita, tetapi kita sebenarnya menghantar isyarat yang berbeza kepada mereka," katanya.



Puan Halimah juga berkata ibu bapa takut akan stigma yang dikaitkan dengan kesihatan mental.



"Masih banyak kejahilan , stereotaip dan prasangka dalam masyarakat kita terhadap orang-orang dengan masalah kesihatan mental sehingga ibu bapa takut melakukan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada masa depan anak-anak mereka dengan mendapatkan rawatan sehingga mereka melengahkannya dengan akibat buruk," katanya.




"Perlukah tragedi seperti ini untuk membuat kita berfikir secara mendalam sekali lagi tentang kesihatan mental golongan muda kita. Kebanyakan anak-anak kita dapat mengatasinya, berdaya tahan dan akan membesar dengan baik. Tetapi tidak semua anak-anak sama. Ada yang memerlukan lebih banyak pertolongan dan bukan hanya daripada sekolah tetapi daripada semua orang."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >