Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah perubatan NTU tubuh program Pelawat Terbilang

NTU
Mar 19, 2022 | 06:40 PM



SEKOLAH perubatan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah menubuhkan program Pelawat Terbilang yang akan membawa masuk pemenang Nobel dan Lasker, dan saintis terkenal lain ke Singapura untuk mendampingi masyarakat NTU dan menangani isu-isu yang merangsang fikiran dalam bidang perubatan.



Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) NTU menubuhkan program tersebut menggunakan hadiah $500,000 oleh seorang penderma dari sektor kewangan, yang mahu namanya dirahsiakan.



Selain mendampingi masyarakat NTU, Pelawat Terbilang itu juga akan mengadakan kuliah awam sebagai sebahagian daripada Siri Kuliah Terbilang James Best, dinamakan sempena bekas dekan LKCMedicine dari 2014 hingga 2021.



Penderma itu telah memberi hadiah tersebut, yang dipadan oleh pemerintah untuk menjadi $1 juta, bagi menyokong misi sekolah perubatan itu untuk mentransformasikan pendidikan perubatan dan melanjutkan penyelidikan penjagaan kesihatan di Singapura.



Program Pelawat Terbilang yang dilancarkan pada Sabtu (19 Mac) itu telah dimulakan pada 2020 untuk menandakan dekad pertama LKCMedicine dan transformasinya menjadi antara 100 sekolah perubatan terbaik di dunia.



Dua Pelawat Terbilang akan dicalonkan setiap tahun untuk berinteraksi, menjalinkan rangkaian dan mengongsi kepakaran mereka dengan fakulti dan pelajar NTU serta masyarakat lebih luas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >