Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Setempat

Sekolah Reka Bentuk dan Persekitaran NUS sambut ulang tahunnya ke-50

Oct 03, 2019 | 05:06 PM

SEKOLAH Reka Bentuk dan Persekitaran (SDE) Universiti Nasional Singapura (NUS) menyambut ulang tahunnya yang ke-50 pada Rabu (2 Oktober) di Resorts World Sentosa (RWS).
 
Presiden Halimah Yacob, selaku tetamu terhormat di acara itu mengucapkan tahniah kepada sekolah tersebut atas ulang tahunnya dan atas segala pencapaiannya selama 50 tahun.
 
Dalam satu pos di Facebook, Puan Halimah berkata: “SDE telah banyak menyumbang kepada pembangunan persekitaran Singapura, terutamanya dalam menangani (isu) perubahan iklim.

“Perubahan iklim adalah masalah (yang perlu dihadapi oleh generasi) masa depan, yang disebabkan oleh tindakan generasi sekarang dan yang lalu. 

“Kita perlu berusaha (menangani isu perubahan iklim) secepat mungkin, serta mencari jalan yang saksama lagi berdaya tahan untuk menyokong langkah-langkah yang diambil untuk menangani isu ini,” kata beliau.

Puan Halimah turut meluahkan keyakinannya terhadap SDE untuk terus memainkan peranan penting dalam menyokong usaha penyesuaian berhubung isu perubahan iklim, dan dalam penemuan penyelidikan baru di tahap global.

Acara tersebut turut mengemukakan karya yang dihasilkan oleh pelajar SDE, termasuk barangan buatan tangan dan barangan lelongan eksklusif, selain tetamu dihiburkan dengan persembahan siswazah NUS, Encik Alvin Tan, seorang penyanyi opera terlatih. 
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian