Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Sekolah Seni Singapura rai ulang tahun ke-10

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sekolah Seni Singapura rai ulang tahun ke-10

Jul 24, 2018 | 05:30 AM

SEKOLAH Seni Singapura (Sota) telah menganjurkan Lawatan Jejak Seni khas bagi menyambut ulang tahunnya ke-10, Jumaat lalu.

Jejak Seni khas itu memaparkan beberapa persembahan dan seni pemasangan menarik yang menggabungkan aspek tradisional dan kontemporari yang mencerminkan kemajuan dan perjalanan pembelajaran seorang pelajar Sota.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Presiden Halimah Yacob dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu yang telah diundang sebagai tetamu terhormat.

Sejak kohort pertama diterima masuk pada 2008, sekolah tersebut telah membantu memupuk bakat dan kreativiti dalam diri pelajar, yang cemerlang dari segi seni dan juga akademik.

Bagi menandakan fasa seterusnya dalam perkembangan sekolah itu, Pengetua Sota, Cik Lim Geok Cheng, telah menanam anak pokok baru bersama pelajar, alumni, ibu bapa, serta kakitangan Sota.

"Anak pokok baru ini meneruskan lagi warisan Tree of Knowledge dan mewakili aspirasi kami buat pelajar SOTA.

"Kami berharap pelajar dapat berkembang menjadi artis yang berjaya serta profesional yang kreatif dengan semangat membara dalam bidang seni menerusi pengalaman yang diraih di Sota, sambil memperkayakan masyarakat dengan nilai yang sudah ditanam," jelas beliau.

Sota merupakan sekolah pertama di Singapura yang menawarkan Program Berkaitan Kerjaya IB (IBCP).

Ia dilancarkan pada 2014 dan kohort pertama menamatkan program tersebut pada 2015.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3