ADALAH sukar bagi pelajar Sekolah Sukan Singapura (SSS) mencapai kecemerlangan dalam sukan di peringkat antarabangsa, sambil mengimbangi keperluan pelajaran mereka, jika berdasarkan kurikulum yang ada sekarang.
Lantaran itu, sekolah tersebut telah menjalani semakan strategi untuk kekal relevan dalam sekitaran sukan yang berubah, kata Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, di Parlimen semalam.