Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekolah tak akan dijadikan kubu walau keselamatan dikemas kini

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan terus mengemas kini langkah keselamatan dalam cara khusus dan melaksananya dengan sensitif bagi mengimbangi keperluan keselamatan tanpa menghilangkan rasa keselamatan, kepercayaan dan kesederhanaan dalam persekitaran sekolah.



Menteri Pendidikan Chan Chun Sing dalam satu kenyataan menteri berhubung insiden kematian seorang pelajar di Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) di Parlimen semalam, berkata beliau memahami ibu bapa rasa bimbang ekoran kejadian itu.



Beliau berkata keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan kakitangan penting, dan sekolah mesti terus menjadi tempat selamat bagi pelajar belajar, berkembang dan bermain.



Namun, berkata berkata kunci sebenar dalam menjaga keselamatan tidak terletak pada langkah keselamatan lebih mengganggu, tetapi pada pencegahan dan kewaspadaan masyarakat yang dipertingkat.



"Kita semua mempunyai peranan kolektif supaya berwaspada terhadap tingkah laku berpotensi menyimpang atau membimbangkan dan melaporkan ancaman di sekeliling kita.



"Kami tidak mahu menjadikan sekolah kita kubu, yang akan menimbulkan rasa kurang senang dan tekanan dalam kalangan kakitangan dan pelajar kita.



"Kami juga tidak mahu secara paradoksikal menyebabkan mentaliti pengepungan dalam kalangan pelajar dan kakitangan, mengakibatkan mereka mengambil langkah ekstrem bagi melindungi diri dengan mengorbankan rasa keselamatan bersama," katanya.



Encik Chan juga berkata mereka tidak mahu menjejas mutu pengalaman sekolah bagi pelajar dan kakitangan dalam usaha mempertingkat keselamatan di sekolah.



"Saya bertanya diri saya sendiri - apakah rasanya jika saya perlu kosongkan poket saya, diraba periksa, dan beg saya diperiksa sebelum masuk pintu rumah atau pagar sekolah saya?



"Juga, bagaimana perasaan ahli keluarga dan pelajar saya? Bagaimanakah akan kita berhubungan dengan satu sama lain dalam persekitaran seperti itu? Apakah ia masih sebuah "rumah"? Atau apakah ia akan mewujudkan mentaliti pengepungan dalam diri saya? Tidak ada antara kita mahu pulang ke rumah dengan pengimbas logam dan pemeriksaan beg," kata beliau.



Encik Chan berkata pelbagai langkah keselamatan sudah dilaksana di sekolah. Contohnya, sekolah dipasang adangan fizikal seperti pagar, kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera yang boleh memberi amaran jika berlaku kejadian pencerobohan.



Pegawai keselamatan juga melakukan pemeriksaan mengejut dan mendaftar pengunjung sebelum mereka masuk ke sekolah. Selain itu, setiap sekolah mempunyai Struktur Kecemasan Sekolah untuk memberi respons, pulih dan mengembalikan keadaan seperti biasa dalam kes kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >