Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seks bawah umur: Belia dihukum probesen 15 bulan

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



SEORANG belia yang melakukan hubungan seks dengan budak perempuan bawah umur untuk membuat bekas teman lelakinya cemburu dijatuhkan hukuman probesen 15 bulan semalam.



Sebagai sebahagian daripada probesennya, warga Singapura 17 tahun itu tidak boleh keluar rumah dari 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam.



Ibu bapanya juga diikat dengan jaminan $5,000 untuk memastikan dia mematuhi peraturan.



Budak lelaki itu mengaku bersalah pada 13 November terhadap dua tuduhan melakukan hubungan seks dengan budak perempuan yang berusia 15 tahun pada masa itu.



Budak perempuan itu tidak boleh dikenal pasti untuk melindungi identitinya.



Pesalah juga tidak boleh dikenal pasti berdasarkan semakan terhadap Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, yang kini melindungi belia bawah 18 tahun.



Timbalan Pendakwa Raya Kor Zhen Hong sebelum itu berkata dua remaja itu telah bertemu berdekatan Kelab Masyarakat Kallang di Boon Keng Road sekitar 8 malam pada 13 Februari.



Budak perempuan itu kemudian bersetuju menemani pesalah ke beberapa kedai di kawasan estet itu.



Mereka kemudian menuju ke kelab masyarakat itu di mana budak perempuan itu memberitahu pesalah beliau ingin menggunakan tandas.



Dia menyarankan supaya budak perempuan itu menggunakan tandas lelaki yang ada paip air.



Mereka memasuki tandas dan melakukan hubungan seks.



Selepas mendengar bunyi dan menyangka kelab masyarakat itu akan ditutup, mereka keluar tandas.



Pesalah bertanya kepada budak perempuan itu sama ada beliau ingin meneruskan hubungan seks dengannya dan budak perempuan itu bersetuju.



Mereka kemudian mengadakan hubungan seks di tangga dan berpisah selepas itu.



Keesokan harinya, budak perempuan itu memberitahu guru disiplin di sekolah apa yang berlaku dan dibawa ke Hospital Kanak-Kanak dan Wanita KK di mana beliau didapati tidak mengalami sebarang penyakit jangkitan kelamin (STD).



Bagi setiap tuduhan mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan disaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >