SEORANG lelaki bertaraf penduduk tetap Singapura yang merupakan antara 51 pelanggan yang didakwa di mahkamah dua tahun lalu atas tuduhan seks komersial dengan gadis di bawah umur dihukum penjara 10 minggu semalam.
Warga Malaysia, Teoh Nai Jin, 38 tahun, adalah orang ke-37 yang dipenjarakan dalam kes berkaitan sarang pelacuran berprofil tinggi dalam talian.