Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seksyen 377A diteliti rapi, imbangi pandangan berbeza: Shanmugam

Majoriti mahu kekalkan 'kebiasaan' masyarakat, termasuk pandangan tradisional perkahwinan antara lelaki dan wanita
Mar 04, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang mempertimbangkan cara terbaik untuk melangkah ke hadapan berhubung Seksyen 377A, yang menganggap perbuatan seks antara lelaki sebagai jenayah, tetapi sebarang langkah akan diambil dalam cara yang terus mengimbangi sudut pandangan berbeza.



Mengenai hal ini, majoriti besar mahu memelihara kebiasaan keseluruhan masyarakat, termasuk pandangan tradisional perkahwinan sebagai antara lelaki dan wanita, dan anak-anak harus dibesarkan dalam struktur keluarga sedemikian.



"Keprihatinan mereka bukan Seksyen 377A semata-mata, tetapi isu perkahwinan dan keluarga yang lebih luas," kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di Parlimen semalam, sambil menambah ramai dalam kalangan kumpulan ini juga menyokong tidak menganggap seks homoseksual antara lelaki sebagai jenayah.



Beliau berkata demikian semasa perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bagi menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon) tentang kedudukan pemerintah berhubung keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan.



Isnin lalu, mahkamah memutuskan undang-undang itu akan terus dikekalkan namun tidak boleh digunakan untuk mendakwa lelaki kerana mengadakan seks dengan lelaki lain.



Semalam, Encik Shanmugam berkata dasar awam perlu berkembang untuk mengikuti perubahan pandangan dalam masyarakat, dan perundangan perlu berkembang untuk menyokong dasar yang dikemaskini.



Pejabat Peguam Negara (AGC) kini sedang melihat keputusan itu dengan teliti, katanya.



Keputusan terbaru itu dikeluarkan ke atas cabaran terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020.



Mahkamah Rayuan menolak cabaran yang dikemukakan oleh tiga lelaki yang berhujah bahawa Seksyen 377A harus dimansuhkan kerana ia melanggar hak perlembagaan mereka.



Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim, Encik Sundaresh Menon, juga memutuskan bahawa undang-undang itu "tidak boleh dikuatkuasakan secara keseluruhannya" sehingga Peguam Negara memberi isyarat perubahan dalam dasar pendakwaan.



Encik Shanmugam berkata sejak isu itu kali terakhir dibincangkan di Parlimen pada 2007, sikap sosial terhadap homoseksualiti telah "berubah secara beransur-ansur".



"Salah satu perkara yang mengecewakan masyarakat LGBT+ ialah ramai yang merasakan pengalaman mereka disakiti atau ditolak oleh keluarga, rakan, sekolah, syarikat - tidak diiktiraf, malah sering dinafikan," kata Encik Shanmugam.



Beliau menambah: "Kita mesti menghormati pandangan berbeza, mempertimbangkannya dengan teliti, bercakap dengan kumpulan yang berbeza.



"Jika dan apabila kami membuat keputusan untuk mengambil langkah, kami akan berbuat demikian dalam cara yang mengimbangi sudut pandangan yang berbeza ini, dan mengelak daripada menyebabkan perubahan yang mendadak dan menggugat kestabilan dalam norma sosial dan jangkaan ramai," katanya.



Dalam ucapannya semalam, Encik Shanmugam turut bercakap tentang hukuman mati sebagai pencegah berkesan terhadap kebanyakan jenayah serius di Singapura termasuk dalam memastikan negara ini rata-rata bebas dadah.



Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Undang-Undang (Minlaw) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) turut membahaskan belanjawan kementerian masing-masing semalam.



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >