Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Seksyen 377A: Pemerintah pertimbang pandangan berbeza secara hati-hati, kata Shanmugam

Mar 03, 2022 | 05:54 PM



PEMERINTAH sedang memikirkan secara berhati-hati cara terbaik menggerakkan langkah selanjutnya berhubung dengan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah tetapi yang ditekankan pemerintah tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam pada Khamis (3 Mac).



"Kita harus menghormati pandangan berbeza, mempertimbangkannya secara berhati-hati, berbual dengan kumpulan berbeza," katanya di Parlimen.



"Jika dan bila kami mengambil keputusan untuk menggerakkannya, kami akan melakukannya dalam cara yang terus mengimbangi pandangan berbeza ini dan mengelakkan daripada menyebabkan perubahan mengejut lantas menyebabkan ketidakmantapan dalam norma sosial dan jangkaan awam," tambahnya.



Menyampaikan hujahnya dalam Bahas Belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Encik Shanmugam menjawab soalan Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon) yang bertanyakan kedudukan pemerintah mengenai perintah Mahkamah Rayuan terkini mengenai Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu.



Dalam pengadilan yang dikeluarkan pada Isnin (28 Februari), diperintahkan bahawa undang-undang itu mengikut apa yang ditetapkan tetapi tidak boleh digunakan untuk mendakwa lelaki yang melakukan hubungan seks kaum sejenis.



Pada Khamis, Encik Shanmugam berkata dasar awam perlu berubah untuk disejajarkan dengan perubahan pada pandangan dalam masyarakat serta penggubalan undang-undang juga harus berubah bagi menyokong dasar yang dikemaskinikan.



Beliau berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) sedang meneliti pengadilan tersebut secara berhati-hati.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >