Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seksyen 377A: Pemerintah runding, terus usaha fahami sudut pandangan

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam mendedahkan bahawa pemerintah telah berunding dan akan meneruskan usaha memahami sudut pandangan golongan berbeza berkaitan perundangan yang memperuntukkan seks antara lelaki sebagai jenayah.



Ia akan terus meneliti perspektif berbeza sedang ia mempertimbangkan langkah seterusnya bagi Singapura, katanya.



Encik Shanmugam berkata demikian dalam memberikan responnya kepada soalan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) yang bertanya bagaimana pemerintah kini melibatkan pelbagai kumpulan terhadap isu Seksyen 377A.



Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan telah memutuskan undang-undang itu akan terus dikekalkan namun tidak boleh digunakan untuk mendakwa lelaki kerana mengadakan seks dengan lelaki lain, langsung membangkitkan lagi perdebatan sama ada undang-undang tersebut perlu diubah atau dimansuhkan.



Beberapa menteri lain, termasuk Encik Shanmugam, telah menyentuh tentang isu tersebut dan menyatakan bahawa pandangan masyarakat berkaitan perkahwinan dan keluarga telah berubah dengan peredaran masa dan menetapkan pendirian pemerintah bahawa Singapura akan mengekalkan "masyarakat yang stabil dengan nilai keluarga heteroseksual tradisional, namun dengan ruang yang disediakan bagi homoseksual menjalani hidup mereka dan menyumbang kepada masyarakat."



Menekankan lagi pendirian tersebut semalam di Parlimen, Encik Shanmugam berkata sejak subjek itu dibincangkan di Parlimen pada 2007, "sikap masyarakat terhadap homoseksualiti telah berubah secara bertahap-tahap."



Tambahnya, terdapat dua sudut pandangan utama berkaitan isu tersebut dan banyak cabang pandangan lain.



"Pada satu pihak, sebahagian besar rakyat Singapura mempunyai pandangan bahawa perkahwinan heteroseksual antara lelaki dan wanita perlu kekal sebagai teras masyarakat kita.



"Sebaliknya, ramai warga Singapura, termasuk sebahagian daripada mereka yang percaya pada struktur keluarga tradisional, merasakan bahawa hubungan seks konsensual antara dua lelaki tidak sepatutnya diperuntukkan sebagai jenayah," katanya.



"Kami akan pertimbangkan pelbagai pandangan dengan teliti, dan menilai cara terbaik untuk maju ke hadapan yang boleh mengimbangi sudut pandangan berbeza."



Sementara itu, Encik Shanmugam juga telah menyentuh tentang soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa telah memfailkan soalan bagi jawapan bertulis.



Merujuk kepada soalan tersebut, Encik Shanmugam meminta Cik Poa menyatakan pendirian PSP mengenai undang-undang tersebut. Cik Poa berkata sepertimana terdapat sudut pandangan utama dalam masyarakat, parti tersebut juga masih belum mempunyai konsensus mengenai undang-undang tersebut.



Memberi responnya, Encik Shanmugam berkata: "Banyak cara berbeza untuk katakan 'saya tak tahu'. Untuk itu saya anggap Cik Poa berkata parti itu tidak mempunyai pandangan atau tidak tahu pandangan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >