Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor air dan sekitaran tawar peluang luas, walau hadapi cabaran

S'pura akan terus rancang, labur dalam sistem air
Aug 01, 2018 | 05:30 AM



SEKTOR air dan sekitaran di Singapura menawarkan peluang meskipun ia menghadapi cabaran air dan sekitaran yang rumit, demikian menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Bagi memanfaatkan peluang dalam sektor sekitaran, Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) telah melancarkan inisiatif Perancangan Perubahan Industri (ITM) Khidmat Sekitaran (ES).



"Sedang kita menghadapi cabaran air dan sekitaran lebih rumit, peluang tersedia luas.



"Di bawah ITM itu, seramai 30,000 individu dalam industri khidmat sekitaran akan dapat memanfaatkan pekerjaan nilai tambah yang lebih tinggi melalui peningkatan kemahiran dan penggunaan teknologi oleh syarikat menjelang 2025,'' kata Encik Masagos di majlis Anugerah Biasiswa Sekitaran dan Air Kebangsaan (NEW) semalam.



Pelan laluan itu bertujuan menggalak penggunaan teknologi lebih luas bagi memenuhi cabaran tenaga manusia yang dihadapi industri itu.



Pelbagai strategi dan inisiatif dalam khidmat sekitaran diumumkan bagi sektor itu dalam ITM yang dilancarkan akhir tahun lalu.



Ia melibatkan lebih 78,000 karyawan pembersihan dan pengurusan sampah dan lebih 1,700 syarikat.



Teras utama inisiatif itu ialah mendorong inovasi, menggalak penggunaan teknologi, meningkatkan kemahiran, meningkatkan daya penghasilan tenaga pekerja dan membantu firma memanfaatkan peluang di luar negara.



Bercakap kepada kumpulan penerima biasiswa itu semalam, Encik Masagos menyatakan mereka boleh menyumbang ke arah perkembangan ITM bagi mendorong Singapura ke tahap selanjutnya.



Beliau berkata Singapura akan terus merancang dan melabur dalam sistem air lebih awal dari keperluan sedang penggunaan air di negara ini dijangka meningkat berganda menjelang 2060.



Pembukaan loji penyulingan di Tuas dan Tuas Nexus, yang akan menggabungkan kedua-dua loji air terpakai dan rawatan sampah dalam satu prasarana, merupakan contoh-contoh itu.



"Kami akan meningkatkan keupayaan NEWater (AirBaru) dan pengilangan air suling secara bertahap-tahap agar mereka dapat membekalkan sehingga 85 peratus daripada keperluan air menjelang 2060,'' kata Encik Masagos.



Teknologi baru akan juga diterokai bagi membangunkan bekalan air yang kukuh dan dapat dikekalkan dalam jangka panjang.



Agensi air negara, PUB, akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat penyelidikan dan pengembangan (R&D) bagi meneroka teknologi itu.



Sementara itu, lembaga berkanun baru, Agensi Makanan Singapura (SFA) yang baru diumumkan pembentukannya minggu lalu, akan memantau rangkaian bekalan makanan dari ladang hingga ke meja makan.



SFA akan disertakan dalam MEWR bermula April tahun depan.



Ia akan mengambil alih tugas berkaitan makanan yang buat masa ini dijalankan oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Encik Masagos menegaskan pentingnya MEWR terus memupuk bakatnya bagi mencari jalan menangani cabaran sejagat seperti suhu cuaca yang semakin panas di dunia dan mengukuhkan keselamatan air dan makanan di Singapura.




"Sedang kita menghadapi cabaran air dan sekitaran lebih rumit, peluang tersedia luas. Di bawah ITM itu, seramai 30,000 individu dalam industri khidmat sekitaran akan dapat memanfaatkan pekerjaan nilai tambah yang lebih tinggi melalui peningkatan kemahiran dan penggunaan teknologi oleh syarikat menjelang 2025.''
- Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Laporan lain: Biasiswa bantu pupuk bakat masa depan dalam bidang sekitaran, air




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >