Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor awam kurangkan penggunaan air, elektrik jelang 2020

Jun 05, 2017 | 04:48 PM



SEKTOR awam akan mengorak langkah untuk menyumbang kepada usaha melindungi sekitaran dengan mengurangkan penggunaan air dan elektrik dalam sektor tersebut.



Ini merupakan sebahagian daripada rancangan penghijauan "go green" serata Singapura yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini.



Menurut Pelan Kemampanan Sektor Awam 2017-2020, sektor tersebut akan mengurangkan penggunaan elektrik sebannyak 15 peratus dan penggunaan air sebanyak 5 peratus menjelang 2020, berbanding tahap penggunaan pada 2013.



Semua bangunan sektor awam baru pula akan mendapatkan piawaian Tanda Hijau Platinum, manakala bangunan awam yang ada sekarang akan menyasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya piawaian Tanda Hijau Emas.



Sektor tersebut juga akan melancarkan 'pemerolehan hijau' bagi produk-produk kertas dan elektronik, menjalankan kitaran sisa makanan di premis sektor awam dan memasang panel uji solar terapung di Kolam Air Tengeh.



Encik Teo berkata, di peringkat pejabat, pegawai awam akan mengamalkan amalan melindungi sekitaran seperti "menetapkan suhu lebih tinggi bagi termostat alat hawa dingin di premis-premis dan membeli lebih banyak produk hijau untuk pejabat." - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >